BIARPUN kini berstatus penghibur antarabangsa, penghibur tanah air Yuna jelas tidak melupakan akar umbinya walaupun telah lama menetap di Amerika Syarikat.

Hal itu dapat dilihat ketika dia menjawab pertanyaan peminat tentang konsertnya di KLCC Oktober ini.

Menerusi laman Twitter, Yuna memberi penjelasan yang dilihat membayangkan pendiriannya sebagai seorang Muslim.

Yuna menjawab pertanyaan seorang peminat yang bertanyakan waktu konsert bermula memandangkan pintu dewan akan dibuka pada jam 7 malam.


Kata Yuna, peminat yang beragama Islam boleh datang pada bila-bila masa selepas solat Maghrib, malah dia sendiri tidak akan naik ke pentas sebelum menunaikan solat.




Penghibur berusia 29 tahun itu turut memberitahu kemudahan surau yang terdapat di KLCC boleh digunakan peminat yang mahu menghadiri konsert berkenaan.

Penjelasan Yuna itu mendapat pujian ramai yang kagum dengan prinsip yang dipegang Yuna biarpun sudah lama bermaustautin di negara Barat.

Konsert Yuna di Plenary Hall, KLCC bakal berlangsung 16 Oktober ini.