awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Squid Game' ungguli carta teratas Netflix untuk hari ke-47

Bernama
Bernama
11/11/2021
11:14 MYT
'Squid Game' ungguli carta teratas Netflix untuk hari ke-47
"Squid Game" menduduki carta teratas untuk hari ke-47 selepas berada di puncak carta selama 46 hari berturut-turut dari 23 Sept hingga Ahad. - Gambar fail
SEOUL: Siri sensasi Korea Selatan "Squid Game" kembali ke kedudukan No. 1 carta rancangan TV Netflix paling popular untuk tempoh paling lama, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut firma analisis penstriman FlixPatrol pada Rabu, drama survival berbahasa Korea itu kembali mengungguli carta senarai rancangan Netflix yang paling banyak ditonton di dunia, mengetepikan "Arcane", siri animasi berdasarkan pertempuran di permainan dalam talian "League of Legend."
"Squid Game" menduduki carta teratas untuk hari ke-47 selepas berada di puncak carta selama 46 hari berturut-turut dari 23 Sept hingga Ahad.
Ia mengatasi siri drama Amerika "The Queen's Gambit" (2020), yang mendahului carta selama 46 hari.
Sementara itu, populariti "Squid Game" turut menonjol di platform lain, mengatasi siri "Game of Thrones" dari segi gabungan tontonan YouTube bagi kandungan terbitan video.
Menurut majalah Amerika Syarikat, Variety, laporan oleh firma analisis kandungan Vobile menunjukkan bahawa sejumlah 129,000 video drama survival itu, termasuk treler rasmi, klip reaksi buatan peminat dan permainan video, telah mendapat sejumlah 17 bilion tontonan di platform tersebut sejak rancangan itu disiarkan.
Sebagai perbandingan, siri drama fantasi Amerika "Game of Thrones," yang ditayangkan pada 2011 di HBO, mencatatkan gabungan 16.9 bilion tontonan daripada 420,000 video YouTube yang dimuat naik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Squid Game
#Netflix
#FlixPatrol
#Game of Thrones
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan