awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/01/2026
23:00 MYT
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
Untuk lawatan rasmi ke Turkiye, Perdana Menteri Anwar beriltizam untuk mengadakan pertemuan yang lebih substantif dengan Presiden Erdogan, supaya persahabatan kedua-dua negara lebih bermakna. - Gambar Bernama
ANKARA: Hubungan dua hala Malaysia dan Turkiye, kini bukan sekadar diplomatik semata-mata, tetapi dengan keakraban Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Recep Tayyip Erdogan, ia sudah melangkaui protokol.
Sehubungan itu, sewaktu berucap di Majlis Sentuhan Kasih MADANI bersama Diaspora Malaysia di Turkiye pada Selasa, Anwar turut berkongsi gurauan Erdogan jika beliau tidak membuat lawatan rasmi ke negara republik itu.
“Kunjungan ini memang saya anggap penting. Presiden Erdogan bergurau kalau saya tak datang pada bulan Januari, beliau tak mahu kawan.
“Sebab beliau buat kunjungan rasmi (ke Malaysia pada 2025), kemudian sebagai sahabat karib … tiga tahun jadi Perdana Menteri tak buat kunjungan rasmi ke Turkiye. Saya jawab walaupun tidak ada kunjungan rasmi, dua kali saya ke sini (pada 2023). Pertama saya telah datang sewaktu gempa bumi.
“Selepas itu saya singgah beberapa jam dari Riyadh ke sini sebelum ke Kaherah, berjumpa Fatah El Sisi. Dalam rangka mencari dokongan ketetapan negara Islam lebih tegas, membela nasib rakyat Palestin khususnya di Gaza,” katanya lagi.
Justeru, untuk lawatan rasmi pertama ke Turkiye, Perdana Menteri Anwar beriltizam untuk mengadakan pertemuan yang lebih substantif dengan Erdogan, supaya persahabatan kedua-dua negara lebih bermakna.
Selain itu Anwar berkata, Malaysia juga berhasrat untuk terus meperkukuh hubungan sedia ada, di samping meneroka peluang baharu dalam pelbagai sektor penting seperti perdagangan, pelaburan, kerjasama diplomatik sama ada dalam pendidikan, keselamatan, kebudayaan, dan pelancongan.
Terdahulu Perdana Menteri tiba di Ankara pada 7.13 malam waktu tempatan diiringi isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengajian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Sebelum ini Duta Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal berkata, mesyuarat majlis tersebut, yang akan berlangsung pada 7 Januari, adalah satu platform kerjasama Malaysia dan Turkiye yang diuruskan bersama antara Anwar dan Erdogan.
Beliau berkata, perbincangan merangkumi isu-isu berkaitan perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, pertahanan, keselamatan, tenaga, semikonduktor, kesihatan, pelancongan, pendidikan dan pertukaran antara masyarakat serta kerjasama serantau dan antarabangsa.
Dalam perkembangan sama, Sazali berkata, lawatan tersebut merupakan kunjungan balas susulan lawatan rasmi Erdogan ke Malaysia pada Februari 2025.
Katanya, Istiadat Sambutan Rasmi dijadual berlangsung hari ini di Kompleks Presiden, di sini.
Ia kemudian diikuti dengan pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin itu bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.
Selain itu, Sazali berkata, Perdana Menteri turut dijadualkan untuk menerima anugerah The Order of the Republic khusus untuk ketua-ketua kerajaan yang berjaya mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Recep Tayyip Erdogan
#Malaysia-Turkiye
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan