HIBURAN
Stoking 'moonwalk' ikonik Michael Jackson jadi rebutan, raih hampir RM40,000

Stoking putih dihiasi batu kristal itu pernah dipakai oleh Jackson ketika konsert jelajah "HIStory World Tour" di Perancis.
NIMES: Sepasang stoking berkilauan milik legenda muzik pop dunia, Michael Jackson, telah dilelong pada harga lebih RM39,000 dalam satu acara lelongan di bandar Nimes, selatan Perancis, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Sepasang stoking berkilauan milik Michael Jackson yang dipakai semasa konsert "HIStory World Tour" di Perancis pada 1997 telah dilelong pada harga kira-kira RM39,600.
- Stoking itu dianggap sebagai objek ikonik dan simbol warisan seni Jackson, walaupun kelihatan lusuh dan kotor selepas lebih dua dekad disimpan.
- Barangan peribadi Jackson terus menarik minat peminat, dengan lelongan terdahulu termasuk sarung tangan berkilauan dan topi persembahan yang dijual pada harga tinggi.
Barangan ikonik tersebut ditemui oleh seorang juruteknik berhampiran bilik persalinan penyanyi itu selepas persembahan dan disimpan selama lebih dua dekad sebelum dilelong kepada umum.
Menurut rumah lelongan yang mengendalikan acara tersebut, stokin berkenaan pada asalnya dianggarkan bernilai antara £2,500 hingga £3,000 (RM14,000 hingga RM16,000), namun sambutan luar biasa daripada peminat menyebabkan ia dijual pada harga £6,640 (kira-kira RM39,600).
Pelelong Aurore Illy menyifatkan stoking itu sebagai “objek kultus” dalam kalangan peminat setia Michael Jackson.
“Ia benar-benar luar biasa dan menjadi simbol pemujaan terhadap warisan seni beliau,” katanya.
Stoking tersebut juga pernah dilihat dalam rakaman persembahan ikonik lagu "Billie Jean", di mana Jackson mempersembahkan tarian ‘moonwalk’ yang menjadi trademarknya.
Michael Jackson meninggal dunia pada tahun 2009 ketika berusia 50 tahun akibat dos berlebihan ubat preskripsi.
Sejak itu, pelbagai barangan miliknya telah dilelong, termasuk sarung tangan berkilauan yang dijual pada harga RM1.48 juta dan topi persembahan yang dilelong lebih RM339,000 di Paris pada 2023.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami