MALAYSIA
Penganggur didakwa rogol bekas kakak ipar

Lelaki berusia 31 tahun itu didakwa merogol wanita berumur 31 tahun di sebuah unit apartmen, Bandar Bukit Jalil di Cheras pada 3.30 pagi, 22 Jan 2023. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol bekas kakak iparnya, dua tahun lepas.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol bekas kakak iparnya di sebuah apartmen di Bandar Bukit Jalil pada 22 Januari 2023, jam 3.30 pagi.
- Pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jaminan RM30,000 dengan syarat tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis dan tidak mengganggu mangsa.
- Tertuduh tidak diwakili peguam dan tiada penjamin hadir. Mahkamah menetapkan 26 Ogos 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zul Hilmi Latif tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
"Namun, jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan, pihak pendakwaan menawarkan jaminan tinggi, iaitu RM30,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai," katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan kepada mahkamah tiada penjamin hadir pada prosiding hari ini.
Hakim Siti Shakirah Mohtarudin kemudian menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami