awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukses di Hulu Terengganu, #YouCanDuit ke Persada Johor

Gempak
Gempak
13/08/2016
00:12 MYT
Sukses di Hulu Terengganu, #YouCanDuit ke Persada Johor
Karnival #YouCanDuit yang akan diadakan di Persada Johor ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 12 Ogos hingga 14 Ogos 2016. - Astro Gempak
Selepas kejayaan karnival #YouCanDuit di Hulu Terengganu pada 28 Mei lalu, karnival anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini bakal menggegarkan Johor Bahru pula. Karnival #YouCanDuit yang akan diadakan di Persada Johor ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 12 Ogos hingga 14 Ogos 2016. Pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan artis popular turut diadakan untuk memeriahkan lagi karnival #YouCanDuit. Karnival kali ini akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti kursus pendek eUsahawan dan eRezeki secara percuma serta persembahan dan penampilan artis terkenal tanahair seperti Datuk Rosyam Nor, Fizo Omar, Diana Danielle, Sharifah Sakinah, Lan Pet Pet, Nabil Ahmad, Angah Raja Lawak serta artis Akademi Fantasia. Lebih menarik lagi, penampilan maskot kegemaran ramai seperti Upin Ipin dan Boboiboy bakal menarik perhatian pengunjung cilik yang hadir di karnival itu nanti. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan karnival ini selain daripada mendapatkan tip-tip mengenai program eRezeki dan eUsahawan. #YouCanDuit merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. Ikuti kemeriahan karnival #YouCanDuit di Hulu Terengganu Mei lalu:
Topic Berkaitan
##YOUCANDUIT
#karnival
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan