awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syafinaz bawa ibu ke Istana Negara saksi penganugerahan pingat

Wafa Aula
Wafa Aula
02/02/2018
03:37 MYT
Syafinaz bawa ibu ke Istana Negara saksi penganugerahan pingat
Syafinaz bersama ibunya (berdiri di sebelah kiri dalam gambar) semasa penganugerahan Pingat Mahkota Wilayah di Istana Negara -Foto Shafinaz Selamat
Mengakui bahawa ibu adalah tulang belakang sepanjang kerjayanya, penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat,45, membawa ibunya ke Istana Negara bagi menyaksikan penganugerahan Pingat Mahkota Wilayah yang diterimanya pada Khamis lalu.
Pingat yang membawa gelaran Datuk itu telah disampaikan oleh Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menghargai sumbangan dan bakti beliau kepada Industri Seni Negara.
“Sebagai pendidik, saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik dan penganugerahan ini tentunya membakar semangat saya untuk memberikan lebih lagi terutamanya kepada generasi muda yang akan datang.” kata Syafinaz..
Syafinaz hadir bersama ibunya (kiri dalam gambar) sewaktu menerima Pingat Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.
Syafinaz hadir bersama ibunya (kiri dalam gambar) sewaktu menerima Pingat Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.
Beliau turut menegaskan bahawa muzik bukan hanya hiburan semata-mata malah ia adalah sebuah ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan dan membangkitkan semangat jati diri seseorang.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ingin Bersamamu itu merupakan pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal 'master' untuk Koir Kebangsaan Malaysia.
Syafinaz menegaskan bahawa muzik bukan hanya hiburan semata-mata malah ia adalah sebuah ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan dan membangkitkan semangat jati diri seseorang
Syafinaz menegaskan bahawa muzik bukan hanya hiburan semata-mata malah ia adalah sebuah ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan dan membangkitkan semangat jati diri seseorang
Beliau juga terlibat sebagai konduktor untuk koir Permata Seni dan pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.
Syafinaz adalah antara 370 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008.
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Topic Berkaitan
#gelaran Datuk
#Hari Wilayah
#Industri Seni Negara
#Istana Negara
#Kuala Lumpur
#muzik
#Pingat Mahkota Wilayah
#syafinaz selamat
#vokal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan