awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri

Gempak
Gempak
14/02/2025
11:34 MYT
Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Syafiq dan Mimi yang menyarungkan busana berwarna putih kelihatan begitu berseri sekali. - Gambar Astro GEMPAK
KUALA LUMPUR: Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.
View this post on Instagram
A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq dan Mimi menerusi hantaran di platform Instagram mereka dan Astro Gempak sebentar tadi.
Syafiq dan Mimi yang menyarungkan busana berwarna putih kelihatan begitu berseri sekali.
Sama cantik sama padan, tahniah diucapkan kepada mempelai.
Sebelum ini, Syafiq Kyle seakan memberi bayangan hubungan cinta bersama aktres jelita, Mimi Lana kembali berputik.
Menerusi temu bual bersama Era pada 15 Ogos 2024, Syafiq menjawab pertanyaan penyampai radio, Azad Jasmin yang bertanya sekiranya dia sudah ‘menakluk’ hati bekas kekasihnya itu.
Meskipun seakan bergurau, namun Syafiq secara terbuka menyatakan dia kini sedang menunggu keizinan daripada Mimi dipercayai dalam meneruskan hubungan mereka.
Terdahulu, pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.
Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun pernah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos 2023. - Gempak
Topic Berkaitan
#Instagram
#suami isteri
#penyampai radio
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan