PELAKON Syafiq Kyle akhirnya membuka mulut berkenaan penularan video lucah yang didakwa sebagai dirinya di laman sosial.

Menerusi kemas kini di Instagram, Syafiq memaklumkan pihaknya sedang cuba mencari jalan penyelesaian terbaik agar isu itu dapat ditamatkan dengan baik dan cepat.

Dalam kemas kini itu, Syafiq juga meminta agar orang ramai tidak memanjangkan dan terus menyebarkan video berkenaan demi menghormati bulan Ramadan, malah tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika ia berterusan.

"Saya dan pihak pengurusan memandang serius perkara ini dan sedang mengenalpasti jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan sebaik-baiknya.

"Adalah lebih baik jika perkara ini tidak dipanjangkan bagi menghormati bulan Ramadan. Jika masih berpanjangan, pihak kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang," kata Syafiq seperti yang dipetik dalam kenyataan yang dimuat naik.

Assalamualaikum

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on


Pelakon Mencintaimu Mr. Photographer itu juga menafikan screenshot perbualan di aplikasi WhatsApp, yang kononnya antara dia dan seorang individu lain, yang dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan.

Menerusi screenshot yang tersebar di laman sosial itu, Syafiq didakwa merayu individu berkenaan agar menghentikan penyebaran video tersebut.

Tambah Syafiq lagi, dia mengambil iktibar atas apa yang terjadi dan berterima kasih di atas sokongan yang diterima daripada pelbagai pihak.