KUALA LUMPUR: Pasangan artis popular, Syamel, 27, dan Ernie, 28, kini bergelar suami isteri selepas dinikahkan dalam  majlis tertutup di masjid Puncak Alam, Selangor pada pagi Jumaat.

Di hadapan 20 ahli keluarga, Syamel melafaz akad sekitar pukul 10.30 pagi berwalikan bapa Ernie, Zakri Ahmad.

Penyanyi yang sangat popular dengan lagu Hidup Dalam Mati itu turut menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian kepada Ernie.

Pasangan berkenaan saling bertukar dulang hantaran tujuh berbalas lima.

Bagaimanapun, kesemua dulang berkenaan bagaimanapun, tidak dibawa bersama pada majlis tersebut sebagai memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Syamel dan Ernie sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu.