GOMBAK: Biarpun telah menzahirkan simpati terhadap rakan artis yang ditimpa masalah rumah tangga, namun pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof kekal dengan keputusannya untuk meneruskan saman terhadap pelakon Lagenda Budak Setan, Farid Kamil.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof berkata, tidak timbul isu menang mahupun kalah kerana tindakan undang-undang merupakan perkara yang patut diambil.
Pengarah berusia 39 tahun ini berkata, sikap saling membalas kenyataan pihak yang mengutuknya di media sosial, tidak lebih kepada sikap kebudak-budakan.
"Kita doa pada rakan artis yang mengalami nasib yang sama (masalah rumah tangga), tapi kalau sentuh isu saman, saya tetap saman, ia akan diteruskan.
"Apabila kita berdiam diri, buat kerja sendiri tapi tiba-tiba ada orang ganggu, mengata yang buruk, jadi kita perlu ambil tindakan," katanya selepas prosiding sebutan kes nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Khamis.
Sedangkan Syamsul berkata, dia merupakan seorang yang mencari keamanan dan tidak suka timbul isu dengan rakan artis terutama dalam bidang sama.
Pada 21 Mac lalu, Syamsul mendedahkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bintang filem Anwar: The Untold Story.
Ia berhubung kenyataan suami kepada pelakon, Diana Danielle itu yang dimuat naik dalam laman sosial, mendakwa seorang lelaki yang memukul wanita bernama Diana, namun tiada sebarang tindakan diambil. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 06 2023
Syamsul (kiri) berkata, tidak timbul isu menang mahupun kalah kerana tindakan undang-undang merupakan perkara yang patut diambil susulan kenyataan dibuat Farid (kanan). -Foto Sinar Harian
Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.
Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN
Menurut Razarudin, setakat ini, lebih 12 individu telah direkod keterangan.
[TERKINI] Malaysia mengalu-alukan resolusi UNGA
Malaysia mengalu-alukan penerimaan pakai Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Sidang Khas Darurat Kesepuluh yang disambung semula pada 10 Mei 2024.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Sebuah video serangan ke atas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
OpenAI dilapor bakal lancar pembantu maya mampu kenal objek, imej
Peranti seperti Rabbit AI dan Humane AI Pin didakwa mempunyai kemampuan yang sama tetapi gagal melakukannya dengan pantas atau konsisten.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Puteri Sarah bawa anak-anak bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua
"Saya masih ikut tradisi beraya dengan mentua sebab saya tak pernah anggap mereka orang luar biarpun apa yang terjadi."
'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam
Jelas Yusof, beliau beranggapan Syamsul kini sibuk dengan filem Original Gangster yang dijangka menemui penonton hujung tahun ini.
'Jangan tunggu dah tak ada baru nak cari' - Yusof Haslam menangis rindukan Syamsul
Tiada perasaan marah, Yusof bagaimanapun memberi masa dan ruang untuk Syamsul yang berkemungkinan ada terasa hati dengannya dan isteri, Datin Patimah.
Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof bakal muncul dengan filem seram baharu
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.
Puteri Sarah nekad saman bekas menantu Kazar
Puteri Sarah Liyana nekad untuk meneruskan saman terhadap bekas menantu Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
'Tak ke mana pun saman menyaman' - Yusof Haslam nasihat Puteri Sarah
Yusof berkata, dia tidak mahu komen lebih lanjut dan cuma mengharapkan yang terbaik buat Puteri Sarah.
'Kami bahagia dengan kehidupan kami sendiri' - Ira selesa kongsi video bersama Syamsul
Ira memuat naik video Syamsul sedang berjalan dari belakang dengan kapsyen indah buat suami tercinta.
Puteri Sarah beri 'amaran' bekas menantu Kazar masih 'jaja' cerita?
Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa berang apabila mengetahui bekas menantu kepada pelakon senior Kazar Saisi yang dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena masih menyalak di Instagram.
Doa jodoh cepat, Puteri Sarah terbuka andai bakal suami masih orang industri seni
Malah pelakon drama Andai Itu Takdirnya turut berkongsi moto hidupnya yang tidak akan menoleh kembali kepada kisah lalu.