awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahniah! Fasha Sandha, Aidil Aziz selamat sambut kelahiran bayi perempuan

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
07/08/2020
09:56 MYT
Tahniah! Fasha Sandha, Aidil Aziz selamat sambut kelahiran bayi perempuan
"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan utk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian," tulis Aidil. - Foto Instagram @itsaidilaziz
SUAMI kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi mereka tengah hari ini.
Menurut Aidil, isterinya itu selamat melahirkan bayi perempuan yang dipanggil ‘Baby A’.
Menerusi muat naik terbaharu di laman itu, Aidil juga turut meluahkan rasa syukur ke dan berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta para peminat yang mendoakan urusan kelahiran anak sulung mereka dipermudahkan.
“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian…,” tulisnya.
View this post on Instagram
.
Malah Aidil turut memaklumkan bahawa dia akan bercuti selama sebulan untuk menjaga isteri tercinta dan zuriatnya itu.
“Terima kasih isteriku, Fasha Sandha di atas kandungan selama ini. Saya cuti sebulan jaga dan teman awak berpantang ok," tulisnya lagi.
Semalam, Aidil turut memuat naik satu gambar yang memaparkan isterinya itu sedang terbaring di atas katil di sebuah hospital.
Dia turut memohon netizen untuk mendoakan isterinya agar selamat menjalani proses bersalin.
View this post on Instagram
Assalamualaikum followers..
Topic Berkaitan
#Aidil Aziz
#anak
#bayi
#Fasha Sandha
#Hospital
#Instagram
#kelahiran
#keluarga
#perkahwinan
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan