KUALA LUMPUR: Filem indie, 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' sekali lagi melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila memenangi kategori Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik di International Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia, semalam.
Bersyukur di atas kemenangan itu, penerbit dan pengarahnya Ray Lee, 45, melahirkan perasaan bangga kerana dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
"Ini adalah kemenangan semua. Terima kasih di atas pengiktirafan ini.
"Kami berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua penggiat filem muda lain supaya tidak berputus asa menerbitkan karya kreatif demi mengharumkan nama negara," katanya kepada Bernama.
BACA: Filem Iban cipta sejarah, raih anugerah di Karnival Filem Dunia
Terdahulu, Bernama melaporkan filem terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainment Sdn Bhd itu mencipta sejarah apabila memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival Singapore 2021 pada 18 Mac lepas.
Kejayaan itu juga mendapat perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut mengucapkan tahniah dan menyifatkan kemenangan itu membuktikan negara tidak ketandusan bakat dalam menghasilkan karya seni berkualiti antarabangsa selain meneruskan kesinambungan kejayaan filem dan terbitan kreatif tempatan di peringkat global.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinannya dengan perkembangan semasa mengenai filem negara. Kami dengan rasa rendah diri dan gembira menganggap setiap kata-kata itu sebagai satu semangat untuk terus berkarya," katanya.
Lebih membanggakan, Ray berkata filem berkenaan turut tercalon di Los Angeles Marina Del Rey Film Festival (LAMDRFF) bagi kategori Filem Cereka Terbaik (Best Feature Film).
Belaban Hidup: Infeksi Zombie mengisahkan sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila yang menggabungkan elemen seram serta aksi masyarakat Dayak di Sarawak.
Filem yang mendapat dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Pekin Ibrahim, Altimet, Pablo Amirul, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia, Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia, Katrina Grey.
Filem edaran Metrowealth Pictures Sdn Bhd itu dijangka ditayangkan di pawagam tempatan pada Ogos depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 28 2021
Filem terbitan Hornbill Films dan Harry Aziz Entertainment Sdn Bhd itu sebelum ini mencipta sejarah apabila memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival Singapore 2021 Mac lalu.- Foto Hornbill Films
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Tahniah! Filem 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' muncul filem terbaik festival filem di Rusia
Filem indie, 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' memenangi kategori Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik di International Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia.
Muhyiddin ucap tahniah atas kemenangan filem Dayak di WFC Singapore 2021
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan atas kejayaan filem indie, Belaban Hidup: Infeksi Zombie memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre fi
Satu untuk semua, Panggung Pantai 'port' baharu lepak berilmiah
Bertempat di Uptown Kontena, Pantai Tok Jembal Terengganu, Panggung Pantai menyediakan ruang untuk tiga bahagian iaitu Panggung Budaya, Panggung Visual dan Panggung Buku.