PUTRAJAYA:Anugerah Meletop Era 2020 (AME) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Artis Top Top Meletop Lelaki.

Haqiem bukan sahaja memenangi anugerah utama malah dia juga merangkul anugerah Penyanyi dan Lagu Meletop menerusi lagu Lembah Kesepian.

Siti Nordiana pula sekali lagi mengungguli anugerah Top Top Meletop Wanita selain anugerah Top Top Meletop Duo/Kumpulan yang dimenangi bersama Khai Bahar.

Ini merupakan senarai penuh pemenang setiap kategori AME 2020:

Fesyen Meletop - Syafiq Kyle

Influencer Meletop - Syahmi Sazli Production

Artis Baharu Meletop - Han Byul

Couple Meletop - Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen

Si Cilik Meletop - Alisa Aisyah

Program Meletop - Sepahtu Reunion 2019

Artis Versatil Meletop - Siti Nordiana

Drama Meletop - Sweet Dreams

Lagu  Meletop - Lembah Kesepian ( Haqiem Rusli )

Duo/ Kumpulan Meletop - Khai Bahar dan Siti Nordiana

Bintang Filem Meletop - Syafiq Kyle

Filem Meletop - Ejen Ali The Movie

Hos Meletop - Alif Satar

Pelakon Meletop - Ben Amir (Sweet Dreams)

Penyanyi Meletop - Haqiem Rusli

Top Top Meletop Group/Duo - Khai Bahar dan Siti Nordiana

Top Top Meletop Wanita - Siti Nordiana

Top Top  Meletop Lelaki - Haqiem Rusli


Anugerah pilihan peminat itu dimeriahkan dengan persembahan-persembahan menarik daripada Shiha Zikir, Aina Abdul, Andi Bernadee, Anuar Zain dan Misha Omar.

AME 2020 juga lebih istimewa kali ini dengan penampilan khas penceramah bebas Ebit Lew selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima Anugerah Khas AME 2020.

Pelakon Kamal Adli turut membuat kejutan kepada umum apabila melamar buah hatinya, Uqasha Senrose semasa siaran langsun AME 2020 yang diadakan di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.


Tahun ini AME 2020 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak yang menggantikan Alif Satar sebagai pengacara ketiga untuk majlis berprestij itu.