awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tahun lepas tak dapat" - Shukri Yahaya 'request' isteri masak juadah raya

Gempak
Gempak
16/06/2018
07:33 MYT
"Tahun lepas tak dapat" - Shukri Yahaya 'request' isteri masak juadah raya
Selaku anak jati Kuala Lumpur, Shukri sekeluarga hanya meraikan Syawal tahun ini di kediaman isterinya di Keramat.- Foto: @shukriyahaya
PELAKON Shukri Yahaya memberitahu dia inginkan isterinya, Tya Adnan sendiri turun dapur memasak juadah raya tahun ini.
Hasrat itu dipendam setahun ekoran isterinya jatuh sakit pada Syawal tahun lalu dan tidak berkesempatan menyediakan juadah istimewa kegemarannya.
“Saya mahu isteri memasak juadah raya pula tahun ini kerana tahun lalu dia jatuh sakit dan tidak dapat memasak hidangan raya,” katanya.
Hidangan wajib raya kata Shukri mestilah lontong, nasi impit dan kuah kacang masakan ibunya.
Selaku anak jati Kuala Lumpur, Shukri sekeluarga hanya meraikan Syawal tahun ini di kediaman isterinya di Keramat.
Malah, cuti dua minggu untuk sambutan Syawal dimanfaatkan sehabis baik Shukri demi meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Dalam perkembangan lain, drama lakonannya, Andainya Takdirnya 2 sudah mula bersiaran pada 13 Jun selain supertele komedi Selirat yang telah ditayangkan pada Jumaat lalu.
Selain itu, Shukri akan terlibat dengan dua projek baru drama bersiri untuk saluran Hypptv dan Astro. - Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#pelakon
#Shukri Yahaya
#syawal
#Tya Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan