awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak jaga makan, Zul Ariffin dedah berat badan naik mendadak hingga mencecah...

Gempak
Gempak
27/06/2019
00:47 MYT
Tak jaga makan, Zul Ariffin dedah berat badan naik mendadak hingga mencecah...
Jelas Zul lagi, dia tidak perlu untuk menambah atau mengurangkan berat badannya ketika ini kerana filem J Retribusi tidak memerlukan dia berbuat begitu.
SEBUT saja tentang pelakon Zul Ariffin, 33, pastinya ramai akan terfikir bentuk tubuh badannya yang sasa dan sado.
Namun tahukah anda, Zul pernah mengalami masalah berat badan apabila ia naik mendadak mencecah 105 kilogram (kg)?
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Zul ketika menjalani penggambaran filem J Retribusi di Johor Bahru, baru-baru ini.
Menurutnya, masalah berkenaan berlaku beberapa bulan lalu apabila dia tidak menjaga pemakanan seperti kebiasaan.
"Sedar tak sedar berat badan saya naik mendadak hingga 105kg. Selepas itu juga saya ada masuk hospital sebab sakit, namun tidak begitu serius.
"Jadi saya kembalikan balik rutin harian saya dan kini sudah mencapai 90kg. Saya hanya pergi ke gym dan buat senaman kardiovaskular, tiada kaedah tertentu," katanya.
Jelas Zul lagi, dia tidak perlu untuk menambah atau mengurangkan berat badannya ketika ini kerana filem J Retribusi tidak memerlukan dia berbuat begitu.
"Untuk watak Jay ini saya tak perlu untuk buat badan macam dalam Tombiruo: Penunggu Rimba atau Sangkar. Lagipun dalam filem ini, penampilan saya banyak berpakaian penuh, jadi tak perlulah nak diet atau bentukkan badan sangat," katanya.
Untuk pengetahuan anda, J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi dan dijangka ditayangkan pertengahan tahun depan.
Zul akan bergandingan dengan pelakon Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor, Ashraf Sinclair dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#Ashraf Sinclair
#berat badan naik
#Datuk Rosyam Nor
#diet
#filem
#Hospital
#J Retribusi
#Johor Bahru
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan