awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tak nak kembali bercinta ke?" - Nabil usik Hans Isaac dan Neelofa

Gempak
Gempak
15/11/2017
15:10 MYT
"Tak nak kembali bercinta ke?" - Nabil usik Hans Isaac dan Neelofa
Nabil sempat mengusik Neelofa dan Hans yang pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.
POTONGAN video temu bual antara pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa bersama tetamu undangan, Datuk Hans Isaac mencuri perhatian netizen.
Biarpun baru dimuat naik semalam, video yang disiarkan menerusi laman YouTube MeleTOP itu mendapat lebih 150,000 tontonan.
Nabil sempat mengusik Neelofa dan Hans yang pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.
Menerusi sedutan video tersebut, Nabil sempat bertanya kepada Hans, adakah jejaka itu akan kembali semula bercinta bersama Neelofa memandangkan Hans kini sudah kembali solo.
Tenang menjawab persoalan Nabil, Hans mempunyai jawapannya yang tersendiri.
"Kami berdua kini ada hidup masing-masing. Tetapi soal jodoh kita tak tahu. Kita boleh rancang apa yang kita nak, tapi benda itu akan jadi lain
"Bagi saya, buat masa sekarang, 'kedai' dah tutup, 'kedai' saya tutup maksimum, saya tak tahu bila kedai itu nak buka balik.
"Saya rasa mungkin kalau terbuka balik, perlu seseorang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula," kata Hans.
Sementara itu, peminat memuji sikap yang ditunjukkan oleh Neelofa dan Hans di ruangan komen.
Biarpun pernah bercinta dan putus di tengah jalan, mereka tetap berkawan dan profesional atas dasar kerja.
Hans muncul di MeleTOP untuk mempromosikan program baru, Lawak Ke Der Coverline setiap Jumaat, jam 9.30 malam di Astro Warna dan Astro Warna HD.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Video: YouTube & Instagram @meletop
Bestlah main soalan soalan hangat ni!
Topic Berkaitan
#Bercinta
#Hans Isaac
#Meletop
#Nabil Ahmad
#Neelofa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan