PELAWAK Shashic Iewan mendedahkan sudah tujuh tahun menjalinkan percintaan dengan Filzah Azmi, 33, sebelum mereka sah menjadi pasangan suami isteri pada Sabtu.
Kata Shashic, 32, dia sengaja merahsiakan perkenalannya kerana bimbang tanggapan orang luar.
“Perkenalan kami adalah ketika sebelum saya masuk industri lagi. Saya orang belakang tabir, seorang writer untuk pelawak-pelawak dan masa itulah kami kenal.
"Masing-masing kemudian suka sama suka. Masa itu tahun 2016.
“Saya rahsiakan sebab risau jika ada banyak kecaman dan sebagainya.
"Lagipun saya tak suka hendak tunjuk kebahagiaan kerana kita tak tahu orang suka atau orang dengki dengan kita.
"Sebab itu, kalau boleh kami sembunyikan dulu,” katanya.
Bekas peserta Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2021) itu ditemui bersama isterinya ketika majlis akad nikah dan resepsinya semalam.
Berkongsi lagi mengenai Filzah yang kini menjadi suri hatinya, Shashic memberitahu wanita itu setia bersamanya di waktu susah dan senang.
“Dia adalah salah seorang wanita yang sentiasa ada bersama saya tidak kira ketika saya jatuh dan juga berada di puncak.
“Harapan saya mahu cuba jadi suami yang baik dan bawa isteri saya ke syurga. Saya tak janji tapi itu pasti,” ujarnya.
Sementara itu, Filzah pula memberitahu Shashic seorang lelaki yang berjaya menambat hatinya sehingga direstui oleh ibu bapanya.
“Orang ingat saya bersama dengan Shashic selepas dia jadi artis tetapi sebenarnya sebelum itu lagi.
“Saya terpikat dengan dia kerana seorang seorang lelaki yang baik dan sangat bertanggungjawab. Dia akan menjaga saya walau apa pun, oleh kerana itu mak ayah saya juga tidak bimbang menyerahkan saya kepadanya,” kongsinya.
Pasangan ini belum merancang untuk pergi berbulan madu kerana Shashic bakal berangkat ke Terengganu dan menjalankan tugas di sana selama 20 hari sebaik sahaja majlis perkahwinannya. -Gempak
Gempak
Mon Jun 05 2023
Berkongsi mengenai Filzah (kanan) yang kini menjadi suri hatinya, Shashic (kiri) memberitahu wanita itu setia bersamanya di waktu susah dan senang. -Gempak
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.
Bakal suami cabut lari, pengantin perempuan terpaksa kahwin bapa mentua
Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.
Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah
Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.
Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.
Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 malam Khamis.
Sekali lafaz, Aliff Muhaimin sah suami Fatin Alissa dengan mas kahwin RM15,000
Dalam majlis itu, Aliff atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menyerahkan mas kahwin RM15,000 dan sebentuk cincin.
Lima kali 'blackout' dan 'mic' rosak, ini 12 hal menarik pada majlis perkahwinan Shuib-Watie
Istimewa, dikongsikan beberapa hal menarik sepanjang majlis bahagia pasangan mempelai.
MK K-Clique dedah hanya ambil masa 2 minggu rancang kahwin Siti Hajaar
MK K-Clique mendedahkan persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar Syeikh Nordin hanya diambil dalam masa dua minggu sahaja.
'Tak ramai suka' - Shashic, Filzah selesa sembunyikan 7 tahun percintaan
Kata Shashic, 32, dia sengaja merahsiakan perkenalannya kerana bimbang tanggapan orang luar.