awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saluran aduan rasmi Majlis Media Malaysia kini dibuka
Tan Sri antara dua ditahan kes penipuan pelaburan lebih RM300 juta - Azam
Kes pelajar UniSZA maut: Pemandu didakwa mencuri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak suka 'meroyan', Sheila Majid elak drama media sosial

Gempak
Gempak
17/07/2025
05:45 MYT
Tak suka 'meroyan', Sheila Majid elak drama media sosial
Sheila mengingatkan rakan-rakan artis agar berhati-hati setiap kali memuat naik kandungan ke media sosial kerana setiap hantaran boleh mengundang reaksi yang tidak dijangka. - Gempak
PENYANYI, Datuk Sheila Majid akui tidak gemar meluahkan masalah peribadinya di media sosial.

Ringkasan AI
  • Datuk Sheila Majid tidak gemar berkongsi masalah peribadi di media sosial, kerana baginya ia bukan cara bijak untuk menyelesaikan isu, terutama sebagai selebriti. Beliau menekankan penggunaan media sosial secara berhemah, bukan untuk meraih simpati atau mencetus drama, tetapi lebih kepada perkongsian bermanfaat seperti latihan atau aktiviti di sebalik tabir. Sheila mengingatkan artis agar berhati-hati ketika membuat hantaran, kerana reaksi orang ramai tidak selalu positif dan setiap kandungan perlu dipertimbang dengan bijak.

Jelas Sheila, meluahkan masalah secara terbuka di media sosial bukanlah satu penyelesaian yang bijak apatah lagi sebagai selebriti.
"Saya tak pernah terfikir untuk meluahkan sebarang masalah saya di media sosial, lebih baik saya berdoa pada Allah.
"Kalau saya luah di sana adakah mereka boleh membantu saya kalau saya 'meroyan' di sosial media? Atau ia mungkin akan menjadi satu bahan cerita yang akan diperkatakan oleh orang ramai," katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut, Sheila turut berpendapat media sosial sepatutnya digunakan secara berhemah dan bukan dijadikan medan untuk meraih simpati atau mencetus drama yang tidak perlu.
"Sebab itu kita sebagai artis perlu gunakan sosial media sebaik mungkin sebab kadang kala bila kita terlalu berkongsi orang pun malas nak tengok.
"Tapi bagi saya ia terpulang pada individu tersebut, kalau untuk saya tidak. Kalau ada banyak perkongsian pun ia adalah lebih kepada sebalik tabir, latihan dan sebagainya. Ini adalah pendirian saya bila menggunakan media sosial.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sinaran itu turut mengingatkan rakan-rakan artis agar berhati-hati setiap kali memuat naik kandungan ke media sosial kerana setiap hantaran boleh mengundang reaksi yang tidak dijangka daripada orang ramai.
"Setiap apa yang kita post mungkin akan dapat backlash sebab kita kena ingat tidak semua orang suka kita, jadi kita kena hati-hati bila buat hantaran. Sebagai artis kita kena bijak," tambahnya. -- Gempak
Topic Berkaitan
#sheila majid
#media sosial
#elak drama
#meroyan
#konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan