awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tamat pengajian di Sepanyol, Dr Soo Wincci cipta rekod lagi!

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2019
05:15 MYT
Tamat pengajian di Sepanyol, Dr Soo Wincci cipta rekod lagi!
Dr Soo Wincci sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menamatkan pengajian untuk ijazah sarjana keduanya di Sepanyol. -Foto Sinar Harian
PENYANYI popular, Dr Soo Wincci sekali lagi melakar sejarah manis buat dirinya apabila berjaya menamatkan pengajian untuk ijazah sarjana keduanya, Master in Music Production, Technology & Innovation dan Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol.
Meraikan kejayaan tersebut pada majlis graduasinya yang berlangsung pada hari ini, Wincci, 34, menyifatkan segala penat lelah dan pengorbanannya meninggalkan seketika apa yang dimilikinya di Malaysia berbaloi dengan apa yang dicapai hari ini.
“Wincci melepaskan semua di Malaysia untuk mengejar impian. Ini merupakan satu risiko yang amat besar kepada Wincci.
“Daripada seorang artis yang hanya fokus dalam persembahan kepada penerbit yang perlu dilengkapi dengan ilmu teknologi, ia merupakan satu langkah yang amat besar yang perlu diambil.
“Selain itu, dengan tahap yang tinggi dan latihan yang bertubi-tubi, Wincci hampir putus asa. Tapi dengan keazaman dan kerja keras, pada tahun lalu iaitu 2018, Wincci berjaya mendapatkan ijazah sarjana yang kedua di sini,” ujarnya.
Apatah lagi pada majlis istimewa ini, Wincci turut mencipta sejarah peribadi untuk Malaysia apabila sekali lagi tersenarai untuk mendapat dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).
Pengiktirafan tersebut terdiri daripada Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.
Sehingga kini, Wincci telah memiliki lima ijazah yang diperolehi dalam masa 15 tahun.
Selain dua ijazah sarjana yang diperolehi di Sepanyol, Wincci juga memiliki Ijazah Undang Undang dari University of Reading, UK, Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (University of Sunshine Coast, AUS) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia.
Menurut Wincci, apa pun halangan yang dilalui sebelum ini, dia tidak akan berhenti daripada meneruskan impiannya untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang muzik di peringkat antarabangsa.
“Wincci akan membina base di Spain dan dalam masa yang sama akan terbang berulang alik ke Asia untuk rakaman TV dan persembahan.
“Wincci berharap ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua agar terus belajar dan teruskan perjalanan impian semua,” kata Wincci kepada Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Berklee Valencia
#lima ijazah
#Malaysia Book of Records
#Master in Music Production
#MBR
#Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen
#Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist
#sepanyol
#Soo Wincci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan