Segalanya bermula dengan album 'Wish You Were Here' oleh kumpulan Pink Floyd yang diterbitkan pada 1975.
Ketika itu, Mustaffa Ahmad Hidzir, seorang pemuda berasal dari Taiping, Perak merupakan penuntut tahun akhir jurusan rekaan grafik di Institut Teknologi MARA (nama lama Universiti Teknologi MARA (UiTM)).
Kulit album rekaan Storm Thorgerson, seorang pereka grafik Inggeris yang memaparkan dua lelaki sedang bersalaman, seorang daripadanya sedang terbakar itu membuatkan beliau 'jatuh hati' kepada konsep di sebalik rekaan tersebut.
Ditambah minat lelaki yang kini berusia 61 tahun ini yang mendalam terhadap bidang muzik, lalu terdetik dalam hatinya untuk menjadi seorang pereka kulit album.
Bagi melanjutkan impiannya itu, beliau kemudian pergi ke syarikat rakaman EMI untuk mengetahui kaedah dan proses pembikinan paparan kulit album yang diguna pakai syarikat tersebut, pada masa sama mencari peluang kerja.
"Kata mereka, gambar artis akan ditangkap dan dihantar terus kepada pencetak, terpulang kepada mereka untuk kerja seterusnya, dari segi rekaan, warna dan sebagainya.
"Saya 'kurang senang' dengan kaedah itu, dan memberi pendapat saya tentang bagaimana sepatutnya rekaan kulit album itu dibuat. Mungkin tertarik dengan idea saya lalu ditawarkan kerja."
Bagaimanapun Mustaffa hanya mula bekerja dengan EMI sebagai pereka grafik kulit album sejurus selepas menamatkan pengajiannya di ITM, dan rekaan kulit album 'Kebebasan' oleh kumpulan Carefree pada 1979 merupakan hasil karyanya yang pertama diterbitkan.
Statusnya sebagai kakitangan EMI tidak lama, hanya setahun lebih sebelum beliau berhijrah ke sebuah syarikat pengiklanan tempatan atas beberapa faktor - antaranya pendapatan sebagai pereka kulit album sepenuh masa yang tidak mencukupi untuknya menyara kehidupan seharian.
Dek kerana jiwa dan raganya adalah mereka cipta kulit album, dia meneruskan kerja itu secara sambilan bersama EMI, dan syarikat-syarikat rakaman lain yang muncul selepas itu seperti Warner Music dan BMG.
Bukan sekadar gambar hiasan
Beliau mengakui, mencipta kulit album bukan kerja mudah, apatah lagi perlu mengikut kehendak penerbit dan juga eksekutif syarikat dan tidak memberi kebebasan penuh kepada dirinya untuk berkarya.
Penghasilan grafik untuk kulit album 'Malam' oleh biduanita Sharifah Aini yang diterbitkan pada 1980 merupakan antara cabaran pada awal kariernya.
"Untuk album itu, saya hanya tampil dengan gambar sebuah pelita menyala di dalam gelap gelita, tanpa ada wajah Sharifah Aini seperti kebiasaannya.
"Bayangkan, sebuah nama besar yang menjadi 'anak emas', punca rezekilah katakan untuk EMI ketika itu, tidak ada wajahnya pada kulit album. Jadi mereka khuatir jualan album tidak laris, mereka takut untuk ambil risiko.
Penerbit akhirnya diyakinkan Mustaffa dengan mengatakan sebuah nama besar tidak perlu dipaparkan wajah kerana khalayak sudah mengenalinya, cukup dengan memaparkan konsep lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut.
Kini, mencecah usia 61 tahun, Mustaffa atau lebih dikenali dengan nama Tapa sudah menghasilkan lebih daripada 300 rekaan kulit album dan masih mencipta sehingga ke hari ini.
Antara artis lain yang pernah mendapat sentuhannya adalah Allahyarham Sudirman Hj. Arshad, DJ Dave, Noorkumalasari, Search, Wings, Man Bai, Hillary Ng, dan ramai lagi.
Setiap karyanya sentiasa disulami elemen surrealisme dan perlambangan, kadangkala ada yang terlalu kompleks untuk dihadam khalayak.
Tetapi itulah identitinya yang membuatkan nama Tapa cukup prominen dalam industri muzik tanah air dan rekaan grafik secara amnya.
Bagi Tapa, setiap artis mempunyai imej dan konsep yang tersendiri, dan idea serta cerita di sebalik setiap album juga berbeza.
"Saya suka benda yang konseptual. Benda yang konseptual akan kekal berbanding wajah.
"Saya cukup meminati dan mengagumi Pink Floyd. Jika dilihat pada setiap kulit albumnya, mana ada yang memaparkan wajah ahli kumpulan mereka kecuali album pertama mereka. Selain daripadanya adalah grafik yang mewakili cerita dan konsep yang dibawa album itu sendiri.
"Kecuali untuk artis muzik pop atau artis yang wajahnya sudah terlalu ikonik seperti David Bowie, Frank Zappa, Beatles.
"Jadi saya cuba terapkan perkara itu, walaupun pada artis pop macam Sharifah Aini dan Sudirman, saya kekal dengan rekaan konseptual," ujarnya.
Mustaffa juga merupakan pengumpul piring hitam, kebanyakannya album penyanyi dan kugiran luar negara khususnya bergenre rock.
Adakalanya album piring hitam yang dibeli bukan kerana beliau meminati seseorang penyanyi atau sesuatu kumpulan itu, tetapi lebih kepada rekaan pada kulit album tersebut.
Jujur mengakui sudah lama dirinya tidak membeli album tempatan atas sebab tertentu, kecuali beberapa nama seperti Ramli Sarip dan Search yang diminatinya.
"Cuma baru-baru ini saya tertarik dengan album kugiran baru Pitahati. Saya tahu ia adalah kugiran anak-anak M. Nasir, tapi tak pernah dengar lagu-lagu mereka.
"Tapi bila saya tengok rekaan kulit albumnya, saya dapat rasa kugiran ini lain daripada yang pernah ada dalam industri. Jadi saya terus beli.
"Saya tak nafikan, banyak rekaan kulit album sejak kebelakangan ini memang menarik dan canggih dari segi grafiknya. Tapi sayang, tak ada jiwa. Apa yang nak disampaikan pun saya tak tahu.
Bukukan kompilasi karya
Setelah berpuluh tahun dalam industri, terbit niat untuk Tapa mengumpulkan dan membukukan karya-karyanya.
Usaha tersebut sebenarnya telah bermula sejak kira-kira enam tahun lepas, bagaimanapun beliau hampir putus asa kerana kesukaran mendapatkan dana dan tajaan untuk projek itu.
"Adalah satu badan penerbit buku itu, dia kata buku saya boleh dihasilkan tetapi hanya cetakan hitam putih sahaja yang dapat dibuat atas alasan projek ini rumit.
"Saya cukup bengang bila dengar jawapan itu, sudahlah bank juga tak menawarkan perkhidmatan pinjaman untuk kerja-kerja seni.
"Jadi masa itu saya patah semangat lalu simpan sahaja 'mock-copy' yang saya hasilkan sendiri itu," katanya.
Mujur ada sahabat yang membantu Tapa membawa ideanya kepada Insitut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk dipertimbangkan projek tersebut, memandangkan badan tersebut sedang aktif menerbitkan karya-karya baru dan lama oleh penggiat seni tempatan.
Projek tersebut masih dalam pembikinan dan akan diterbitkan tidak lama lagi, di mana ia memuatkan sekitar 200 karya kulit album terpilih dengan ulasan maksud karya serta cerita di sebalik penghasilannya.
Bagaimanapun cabarannya ketika ini adalah untuk mengumpulkan kesemua kulit album yang direkanya.
"Kita ini satulah saya nak cakap, cukup lemah dari segi pengarkiban. Syarikat rakaman sendiri pun tak simpan semua album yang pernah diterbitkan, malah saya sendiri cuma simpan sebahagian sahaja.
"Jadi sekarang saya berusaha mencari dan mendapatkan kesemuanya dengan pelbagai cara, cari di internet, di kedai-kedai muzik, termasuklah di kedai-kedai antik.
"Sudahlah nak mencari itu satu hal, nak mendapatkannya juga susah juga. Ada yang jual sampai RM200-RM300 tapi terpaksalah beli. Ada juga pemilik yang enggan menjualnya walau dengan apa harga sekalipun!" keluh Mustaffa.
Namun apabila ia siap kelak, Tapa mengharapkan penerbitan buku itu nanti dapat menjadi rujukan pemain industri, baik muzik mahupun seni tampak.
"Pada kulit album itu bukan sekadar rekaannya secara keseluruhan sahaja. Di situ ada typografi dan fesyen. Di situ kita juga boleh lihat evolusi fesyen, daripada 70-an, 80-an, 90-an sehingga kini.
"Ia bukan sekadar kulit album. Bagi saya, ia mengenai pengarkiban warisan budaya pop dan industri muzik kita," jelasnya.
Israr Khalid
Fri Apr 15 2016
Mustaffa bercerita tentang permulaan kerjayanya, terutama minatterhadap seni penghasilan rekaan kulit album. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Tapa, insan di sebalik rekaan kulit album muzik tanah air
Pereka kulit album bertaraf 'otai' mengakui banyak rekaan kulit album sekarang ini menarik dari segi grafik namun tidak mempunyai jiwa.