LOS ANGELES: Penyanyi Taylor Swift menang Album Terbaik dalam Anugerah Grammy tahun ini menjadikan Swift penyanyi wanita pertama yang memenangi kategori itu sebanyak tiga kali.
Swift, 31, menang kategori itu menerusi albumnya “Folklore”. Sebelum ini, Swift pernah menang kategori Album Terbaik menerusi album “Fearless” dan “1989”.
Bukan itu sahaja, Beyoncé juga melakar sejarah dalam kemuncak Anugerah Grammy 2021 dengan merangkul anugerah Grammy yang ke-28 menerusi lagu "Black Parade" dalam kategori Persembahan R&B Terbaik.
Ia sekaligus meletakkan Beyoncé artis wanita yang paling banyak memenangi anugerah dalam sejarah acara berprestij ini.
Beyoncé turut merangkul anugerah dalam kategori Persembahan Rap Terbaik, yang dikongsi bersama Megan Thee Stallion untuk lagu "Savage (Remix)”, dan kategori Video Muzik Terbaik untuk lagu "Brown Skin Girl," yang dikongsikan bersama anak perempuannya Blue Ivy.
Kemenangan Beyonce sekaligus, memecah rekod penyanyi Alison Krauss yang mempunyai 27 Grammy.
Selain itu, Megan Thee Stallion juga dinobatkan sebagai Penyanyi Baru Terbaik.
Anugerah Lagu Terbaik dirangkul oleh lagu “I Can’t Breathe” oleh Dernst Emile II, H.E.R. dan Tiara Thomas.
Anugerah Grammy tahun ini dihoskan buat pertama kalinya oleh Trevor Noah di Los Angeles.
Sebahagian anugerah telah diumumkan secara atas talian menerusi siaran maya.
Astro Awani
Mon Mar 15 2021

Beyonc juga melakar sejarah dalam kemuncak Anugerah Grammy 2021 dengan merangkul anugerah Grammynya yang ke 28 menerusi lagu "Black Parade" dalam kategori Persembahan R&B Terbaik. - Foto grammyaward.com

KDN laksana klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini
KDN melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Blinken bertemu Abbas di Ramallah, kata AS tentang perluasan penempatan Israel
Lawatan Blinken ke Ramallah adalah pusingan terakhir dalam jelajah serantau diplomat itu termasuk membabitkan Israel dan Mesir.

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi.

Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong
Istiadat kali ini adalah yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah yang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 31 Jan 2019.

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

Miliki nilai lebih RM400 juta, kucing Taylor Swift antara haiwan peliharaan terkaya
Olivia Benson bukan sahaja terkenal di Instagram malah turut membintangi beberapa video muzik dan iklan bersama Swift.

Kecoh isu pembelian tiket Taylor Swift, peguam negeri masuk campur
Peguam terkemuka di Nevada, Tennessee dan Pennsylvania antara yang telah memulakan siasatan ke atas insiden itu.

Peminat 'bergelut' beli tiket, Taylor Swift luah kekecewaan
Berikutan permintaan tinggi untuk konsert jelajah The Eras Taylor Swift terlalu tinggi, peminat di Amerika Syarikat terpaksa bergelut untuk membelinya.

Taylor Swift cipta sejarah, artis pertama ungguli 10 tangga carta Billboard 100
Penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift memecah rekod apabila menjadi artis pertama mendominasi 10 tangga carta Billboard 100 menerusi album terbarunya Midnights.

Terima ijazah kehormat, Taylor Swift kini bergelar Dr
Swift, 32, menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada Rabu.

Ditarik Taylor Swift naik ke pentas, Putera William sifatkan ia detik memalukan
William berkata beliau gementar ketika berada di atas pentas dan cuba mengingati lirik lagu tersebut.

AMA 2021: BTS artis Asia pertama rangkul anugerah 'Artist of the Year'
BTS telah mengetepikan pencabar lain seperti Drake, Ariana Grande, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd untuk kategori sama.

BTS menang 4 anugerah di Billboard Music Awards 2021
Pada malam anugerah itu juga, BTS mempersembahkan lagu terbaharu mereka "Butter" buat kali pertama.

Taylor Swift, Beyonce lakar sejarah di Anugerah Grammy 2021
Taylor Swift menang Album Terbaik menjadikan Swift penyanyi wanita pertama yang menang kategori itu sebanyak tiga kali.

BTS buat 'hal' lagi ...
Kumpulan K-pop popular ini berjaya mengungguli Anugerah Artis Rakaman Global IFPI bagi tahun 2020selepas menewaskan nama-nama besar termasuk Taylor Swift, Drake, The Weeknd dan Billie Ellish.