NICKI Minaj, penyanyi yang sinonim dengan lagu Starships kini menjadi perbualan hangat di laman media sosial, Twitter.
Pergaduhannya bersama Taylor Swift begitu hangat di laman sosial selepas salah satu lagu hitnya tidak tercalon untuk kategori utama MTV Video Music Awards yang akan berlangsung pada 30 Ogos.
Video tersebut yang berjudul, Anaconda tidak tersenarai dalam kategori Video of the Year dan menyebabkan bekas juri program realiti American Idol itu meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya di Twitter peribadinya.
Nikki menempelak penyanyi pop Taylor Swift dengan bergurau tentang tubuh badannya dan memberi bayangan bahawa hanya wanita bertubuh kurus akan berjaya mendapat pencalonan dalam acara gilang-gemilang itu.
Taylor seolah-olah terasa dengan kenyataan Nikki dan menyebabkan beliau membalas tweet itu.
Taylor menjawab dalam satu tweet yang berbunyi seolah-olah dia menyokong Nikki sebagai rakan artis.
Video Taylor yang berjudul Bad Blood baru sahaja dirilis pada 17 Mei dan telah berjaya tersenarai dalam kategori 'Video of the Year'.
Nikki membidas semula kenyataan Taylor dengan menyatakan tweet terdahulunya tidak berkaitan dengan Taylor, penyanyi tinggi lampai yang baharu sahaja memulakan konsert jelajah The 1989 World Tour pada 5 Mei lalu.
Hanya dua wanita sahaja tercalon untuk kategori Video of the Year iaitu Taylor dan Beyoncé.
Nicki memuat naik satu lagi tweet bagi menyuarakan pendapatnya bahawa hanya wanita yang bertubuh kurus sahaja akan dipuja dan diberi perhatian.
Diskriminasi terhadap tubuh badan wanita sememangnya satu isu yang berlanjutan dalam bidang seni di Amerika Syarikat. Ia menjadi satu isu yang 'diperjuangkan' oleh Nicki terutamanya dalam video Anaconda.
Bagi menjernihkan keadaan, Taylor menjemput Nicki untuk bersama-sama menaiki pentas sekiranya beliau muncul sebagai pemenang bagi kategori terbabit.
Bruno Mars yang turut tercalon bagi kategori yang sama tidak melepaskan peluang untuk bergurau mengenai perbalahan itu.
Walaupun tidak berkaitan secara langsung, bintang realiti, Kim Kardashian turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini.
Bad Blood merupakan single ketiga daripada album kelima Taylor berjudul 1989. Lagu bergenre synthpop ini diilhamkan dari persengketaan Taylor Swift dan penyanyi popular, Katy Perry.
Senarai pencalonan penuh bagi anugerah MTV Video Music Awards 2015 telah diumumkan pada Selasa menerusi applikasi Apple Music.
Sejumlah 15 kategori dipertandingkan pada tahun ini menyaksikan kategori 'Video of the Year' ternyata mencuri perhatian pihak media dan peminat.
Shamil Hizamie
Wed Jul 22 2015
Pencalonan Video of the Year bagi anugerah MTV Video Music Awards 2015 mencetuskan perselisihan antara Taylor Swift dan Nicki Minaj. - Gambar Fail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.
Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.
Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir
Seorang peniaga sayur rakyat tempatan ditahan selepas dipercayai menoreh leher seorang lelaki dalam insiden perselisihan faham di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong.
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.
Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan
Kedua-dua lelaki berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan pada Ahad di dua lokasi berbeza.
Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.