awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tepati ramalan, Azzam Sham juara Big Stage 2020

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
04/10/2020
15:35 MYT
Tepati ramalan, Azzam Sham juara Big Stage 2020
Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga.
PUTRAJAYA:Selepas lapan minggu berentap, persoalan siapa yang menjadi juara akhirnya terjawab.
Peserta, Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekat Qody Rany, Dinnie Rashid dan Usop.
Azzam Sham tampil menyampaikan dua lagu tugasan dengan Tema Ultimatum iaitu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian Bruno Mars.
Azzam bergelar juara menerusi markah terkumpul daripada juri dan markah undian penonton.
Hasil kemenangan itu, Azzam telah berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.
Naib juara pula dimenangi Usop dan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Ini adalah senarai penuh pemenang Big Stage 2020:
Juara: Azzam Sham Naib Juara: Usop Tempat Ke-3: Qody Rany Tempat ke-4: Dinnie Rashid Tempat ke-5: Fadh Majid
Pada masa sama, Dinie Rashid pula dinobatkan sebagai BBNU Paling Gempak untuk konsert separuh akhir dan Azzam Sham untuk minggu akhir.
Konsert akhir Big Stage 2020 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Ajai dan Elly Mazlien selaku Presiden Netizen.
Peserta juga diadili oleh penyanyi, Misha Omar selaku juri jemputan.
Big Stage minggu akhir telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan di saluran Astro Ria, Astro Ria HD serta Astro Go.
Personaliti radio ERA, Radin bersama hos Gempak TV, Isha Norsham mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Topic Berkaitan
#BBNU
#Big Stage
#Azzam Sham
#Alif Satar
#Sherry Al Hadad
#Usop
#Qody Rany
#Dinnie Rashid
#Fadh Majid
#Elly Mazlien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan