MIMBAR Akhir Pencetus Ummah 2016 menyaksikan PU Mizi dinobatkan sebagai juara program realiti dakwah untuk musim keempat.
Kemenangannya pada malam ini (Khamis), PU Mizi atau nama sebenarnya, Nor Hamizi Jamaluddin yang berasal dari Raub, Pahang berjaya memenangi hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Kemenangannya itu menepati ramalan banyak pihak yang sebelum ini telahpun menjangkakan kemenangannya selepas beraksi baik dan konsisten sepanjang tujuh minggu bersaing dalam Pencetus Ummah 2016.
Gelaran untuk naib juara itu diraih oleh PU Zul manakala PU Akram yang berjaya memberi persembahan yang baik pada malam kemuncak itu menduduki tempat ketiga dan tempat keempat telah dimenangi PU Taihan.
Untuk naib juara berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM 30,000, tempat ketiga RM 20,000 dan keempat telah meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi.
Mimbar Akhir Pencetus Ummah telah bersiaran dari Pusat Konvesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan ditayangkan di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Untuk malam akhir tersebut, setiap peserta telah diminta menyampaikan dua tugasan iaitu secara solo dengan tema bebas dan berduet.
Untuk tazkirah berduet, setiap finalis ini akan digandingkan antara satu sama lain.
PU Raihan dan PU Akram telah berduet bersama manakala PU Mizi dan PU Zul turut digandingkan bersama untuk tugasan kedua.
Juri jemputan untuk malam akhir ini ialah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani disamping dua orang juri iaitu personaliti radio, Fara Fauzana dan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.Maza) sebagai juri tetap bagi mengadili para peserta.
Antara artis jemputan yang hadir membuat persembahan ialah kumpulan Rabbani.
Pencetus Ummah turut di pengacara oleh Bekas peserta Pencetus Ummah iaitu PU Azman Syah Alias dan Faizal Ismail.
Gempak
Thu Dec 08 2016
PU Mizi memberikan persembahan yang konsisten setiap minggu. - Foto: Astro Gempak
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Penceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka
Ia adalah sebagai langkah pengawalan dalam memastikan penceramah yang datang tidak membawa elemen perpecahan dan khilafiah.
USIA disaran sesuaikan dakwah pada era digital - Hajiji
Dakwah boleh disampaikan dengan lebih berkesan jika pendakwah dan pertubuhan Islam memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Ustaz Kazim Elias mohon bantuan ubati penyakit 'misteri'
Beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.
'Dah lama orang tak nasihat' - Ebit Lew santuni GRO di Surabaya
Kongsi Ebit Lew, golongan ini sudah lama tidak didekati insan yang mahu berkongsi ilmu dan nasihat.
Jaga adab, disiplin ilmu ketika sampaikan dakwah di media sosial - Jakim
Perkara yang boleh menimbulkan kontroversi dan sensitiviti melampau, hendaklah dielakkan dan ilmu yang hendak disampaikan perlulah melihat kepada realiti semasa.
Bukan sekadar hiburan, TikTok kini jadi medan dakwah
Ramai dalam kalangan pendakwah turut mempunyai akaun TikTok dan menghasilkan video pendek untuk menyampaikan ilmu agama.
Ramadan 2021: Geng plastik hitam jangan malukan agama - JAIPk
Mohd Yusop tidak mahu isu geng plastik hitam kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.
Yadim perlu dana RM50 juta setahun untuk kerja dakwah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memerlukan dana RM50 juta setahun bagi mengaktifkan gerak kerja dakwah dalam pelbagai lapangan, kata Yang Dipertua Yadim Nasrudin Hassan.
Ebit Lew Islamkan satu kampung di Sabah
Ebit menceritakan beliau ke Pulau Tatagan Semporna dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.