KUALA LUMPUR: Selain titipan doa dan ucapan manis daripada keluarga dan peminat, Datuk Aznil Nawawi juga sudah tentu tidak mampu menafikan bahawa pelantikannya sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) menjadi hadiah yang paling istimewa pada hari kelahirannya ke-61.
Diumumkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada keluarga besar Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM pada Oktober lalu, Aznil secara peribadi mengakui, pelantikan sebagai Profesor Adjung sangat besar maknanya buat diri beliau.
Masakan tidak, di universiti tertua negara itulah pengacara terbilang itu meraih ijazah sarjana muda dalam pengajian ekonomi dan kini, rezeki ditawarkan pula buat beliau untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman di sana.
Dalam temu bual bersama Astro AWANI, Aznil atau mesra disapa Pak Nil berkongsi rasa terharu kerana dipilih sebagai ahli akademik di universiti terulung itu bersandarkan pada status dan pengalamannya sebagai anak seni lebih tiga dekad.
“Saya sangat bersyukur dan menginsafi setiap rezeki yang Allah aturkan kepada saya. Pada usia 61 tahun, diberi peluang mendampingi universiti yang menjadi tempat saya pernah menimba ilmu semasa usia muda adalah nikmat yang sangat indah.
“Yang paling menggembirakan saya mengenai pelantikan ini juga ialah saya semakin berkobar-kobar untuk terus bekerja tanpa langsung memikirkan soal persaraan dan tidak terasa juga usia sudah mencecah 61 tahun.
“Saya sangat gembira untuk terus mencurahkan apa yang mampu demi kebaikan masrayakat.
“Justeru, setiap hari doa yang tidak putus-putus saya minta daripada Allah SWT ialah panjangkan usia saya dan sihatkan akal fikiran serta tubuh badan untuk saya berpeluang bekerja dan berbakti untuk masyarakat,” ujar personaliti yang sangat masyhur sebagai pengacara program realiti popular, Akademi Fantasia terbitan Astro itu lagi.
Ikrar Aznil, sebagai Profesor Adjung di UM, beliau akan memberi tumpuan khusus pada aspek komunikasi dalam mana-mana perkongsian ilmu atau kuliah yang diatur oleh pengurusan universiti itu kelak.
Kata anak seni kelahiran Kuala Lumpur itu lagi, beliau sangat senang dan teruja untuk berkongsi ilmu komunikasi dengan seluruh lapisan masyarakat.
Sebagai alumni UM, Aznil berhasrat membentuk peribadi setiap anggota universiti khususnya pelajar-pelajar mengenai kepentingan menekankan aspek komunikasi selain personaliti yang menawan.
“Sentiasa menjadi cita-cita saya melahirkan masyarakat yang memiliki personaliti menawan yang merangkumi segenap aspek dalam diri kita.
“Mudah-mudahan hasrat saya itu dapat diperluaskan lagi menerusi tugas baharu saya di Universiti Malaya,” ujar Aznil yang juga sangat terkenal dengan kecintaannya melakukan kerja-kerja amal.
Dan hari ini, sempena menyambut hari kelahirannya ke-61, Aznil berkata, pada usia itu apa yang sentiasa beliau ingatkan pada diri ialah memperbaiki segala kelemahan yang ada dan dalam masa berusaha menggandakan jariah untuk bekalan hari esok.
Melihat persekitaran dunia yang semakin menggusarkan terutama dengan perang yag tercetus di Gaza membuatkan Aznil melihat kehidupan manusia hari ini sangat rapuh.
“Simpati saya buat mangsa di Palestin. Kesukaran dan kepayahan hidup mereka harus dijadikan pedoman buat kita.
“Dalam masa sama, inilah ruang dan kesempatan terbaik untuk kita menghulurkan bantuan kemanusiaan buat saudara-saudara kita di sana,” kata bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi.
Saharudin Musthafa
Mon Nov 06 2023
Diumumkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada keluarga besar Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM pada Oktober lalu, Aznil secara peribadi mengakui, pelantikan sebagai Profesor Adjung sangat besar maknanya buat diri beliau.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
“Terima kasih Universiti Malaya” - Aznil
Pelantikan sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya disifatkan Aznil hadiah paling bermakna di hari kelahiran ke-61 beliau hari ini.
Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia
Pak Nil menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat yang sangat rapat dengannya dan tunjang utama kejayaan program Macam Macam Aznil.
Pak Nil mohon maaf, kesal 'prank' melampau peserta program
Pak Nil yang juga bertindak selaku mentor program tersebut berkata tindakan peserta itu sudahpun melampui batas.
Aznil teruja kembali ke pentas graduasi selepas 37 tahun
Pak Nil memberitahu kehadiran beliau buat julung kalinya ke istiadat konvokesyen berkenaan adalah sebagai Duta Alumni UM.
"Terima kasih rakyat Malaysia" - Aznil serah kutipan dana buat Zamani
Sebanyak RM100,000 yang dikumpul daripada orang ramai diharap bantu Zamani jalani rawatan sakit belakang.
Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
Plot twist! Aznil terkedu terima Anugerah Khas MeleTOP
Sinonim dengan tema #tetibaAME2021, Anugerah Khas Meletop tiba-tiba 'memutar-belit' plot apabila Datuk Aznil yang merupakan pengumum bagi Kategori itu adalah penerima anugerah tersebut.
Aznil kongsi rezeki dengan 500 rider e-hailing
Semoga semakin murah rezeki Pak Nil yang memang terkenal dengan sikapnya yang gemar melakukan jariah.
Banjir: Hari ini, hari mereka... siapa tahu, esok lusa hari kita pula - Aznil
Sebahagian daripada diri Aznil Nawawi rasa bersalah jika tidak turun padang membantu mangsa-mangsa banjir.