awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima mesej lucah, wanita bertudung tawarkan Nabil Ahmad 'unlimited full service'

Gempak
Gempak
10/04/2018
11:05 MYT
Terima mesej lucah, wanita bertudung tawarkan Nabil Ahmad 'unlimited full service'
Nabil tidak mahu melakukan perkara yang boleh menghancurkan rumah tangga hanya disebabkan oleh godaan di laman sosial. - Foto Astro Gempak
PEMENANG trofi Hos MeleTOP AME2018, Nabil Ahmad mendedahkan dirinya menerima mesej berunsur lucah dari peminat wanita menerusi laman sosial Instagram.
Perkara tersebut diberitahu oleh isterinya, Zira Ayub yang memantau akaun laman sosial miliknya.
"Semenjak berkahwin, akaun laman sosial saya memang dijaga oleh isteri. Saya akui ada menerima mesej tak senonoh dari peminat.
"Ada satu mesej yang saya tidak boleh lupa kandungannya. Menurut isteri saya, orang yang menghantar mesej tersebut merupakan seorang perempuan bertudung dan dia menawarkan 'unlimited full service' di hotel.
"Apabila Zira beritahu saya mengenai mesej tersebut, saya cakap pada isteri, carikan mana-mana surah yang sesuai, berikan kepada perempuan itu supaya dia bertaubat. Semoga dia mendapat jodoh yang baik-baik," kata Nabil.
Tambah pengacara rancangan Gegar Vaganza itu, dia tak mahu melakukan perkara yang boleh menghancurkan rumah tangga hanya disebabkan oleh godaan di laman sosial.
"Mengenai perkara tersebut, saya sememangnya takut kerana kebahagiaan rumah tangga itu ada pada isteri. Setiap komen atau mesej peminat, isteri akan memantau dah tahu dahulu kandungannya. Saya tak kisah isteri memantau kerana tiada apa-apa yang perlu saya rahsiakan dari isteri.
"Rakan media dan semua orang sudah tahu mengenai kisah lampau yang saya alami sebelum berkahwin. Apabila saya memulakan hidup baru dengan isteri, saya tak mahu ulangi perkara tersebut.
"Kedua-dua anak saya perempuan, jadi saya sendiri bimbang jika apa yang kita buat akan terjadi kepada anak sendiri satu masa nanti," katanya lagi.
Sumber: Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Anugerah Meletop
#Gegar Vaganza
#hiburan
#Instagram
#lucah
#Nabil Ahmad
#Zira Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan