awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terkhilaf promosi produk, Siti Nurhaliza mohon maaf

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2025
11:36 MYT
Terkhilaf promosi produk, Siti Nurhaliza mohon maaf
Siti turut berterima kasih di atas teguran dan sudah memadam hantaran tersebut.- Sinar Harian
TERKHILAF mempromosi produk berasas nikotin di sosial media miliknya, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf.
Jelas Siti Nurhaliza, 46, beliau sedar kesilapan itu berpunca daripada dirinya yang tidak menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut.
“Maaf di atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di hantaran Instagram saya sebelum ini. “Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut,” katanya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di platform sama.
Dalam masa sama, pelatun lagu Sejarah itu turut berterima kasih di atas teguran dan sudah memadam hantaran tersebut.
“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan hal ini kepada saya.
“Saya sudah memadamkan posting tersebut dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Siti Nurhaliza memuat naik sebuah hantaran mempromosikan produk nikotin tetapi telah menerima teguran daripada banyak pihak. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#terkhilaf
#produk nikotin
#mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan