awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL laksana Projek Mitigasi Banjir Kilat Jangka Sederhana sekitar Padang Merbok
Dua daripada lima pekerja muda UK ambil cuti akibat lesu upaya
Indonesia perketat pemeriksaan haiwan bagi cegah kemasukan virus PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
05/08/2019
03:23 MYT
'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital
Mael XPDC ketika ditemui di hospital pagi Isnin. -Foto Bro Yazid XPDC
VOKALIS kumpulan rock XPDC, Mael dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak awal pagi Ahad.
Mael yang dihubungi Astro AWANI pagi ini berkata kejadian itu pertama kali dialaminya.
"Masa tu saya baru lepas pulang cuci baju. Entah macam mana kaki dan sendi saya terasa teramat sakit yang membuatkan saya tidak mampu bergerak langsung.
"Masa tu dalam pukul 4 pagi. Terlalu sakit macam patah pula. Tak pernah saya alami rasa sakit macam ni. Menantu saya terpaksa papah saya dan bawa ke hospital.
"Tapi ni dah Alhamdulillah dah. Lepas doktor bagi ubat dan sebagainya dah beransur baik dan dah boleh berjalan.
"Insya-Allah mungkin boleh keluar dalam masa terdekat," katanya yang masih lagi ditahan di wad Hospital Muar.
Ketika dihubungi, penyanyi yang terkenal dengan lagu "C.I.N.T.A" itu sudah boleh berbual panjang.
Menurut pengurus XPDC, Bro Yazid yang melawatnya malam tadi, doktor memberitahu kesakitan yang dialami Mael bukan disebabkan gout yang dihidapinya.
Mael pernah dikejarkan ke hospital pada Mac 2017 selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.
Topic Berkaitan
#Hospital Muar
#kumpulan rock
#Mael XPDC
#mengadu sakit
#tidak dapat bergerak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan