awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'There Is Only You And Me', Aiman Hakim bercinta dengan Zahirah Macwilson?

Gempak
Gempak
02/12/2018
22:00 MYT
'There Is Only You And Me', Aiman Hakim bercinta dengan Zahirah Macwilson?
Sebelum ini, Aiman pernah bergandingan dengan Zahirah dalam drama bersiri Demi Cinta Ain pada 2016 tetapi bukanlah sebagai hero dan heroin. - Astro Gempak
FOTO yang dimuat naik oleh pelakon Aiman Hakim Ridza di laman Instagram malam tadi menarik perhatian peminat.
Berkongsi gambarnya bersama aktres Zahirah Macwilson, kapsyen yang ditulis oleh Aiman seperti memberi gambaran mereka kini sedang menjalin hubungan istimewa.
"Numbers start with 123, music start with Do-Re-Mi. Letters start with A and end with Z.
"The fact is there is only you and me," tulis Aiman.
View this post on Instagram
Numbers start with 123, Music start with Do-Re-Mi Letters start with A and end with Z. the fact is there is only you and me. #zahirAH
A post shared by @ aimanhakimridza on
Dec 2, 2018 at 6:06am PST
Di ruangan kapsyen, Aiman turut menyertakan hashtag #ZahirAH yang merupakan gabungan nama mereka berdua, Zahirah dan Aiman Hakim.
Di ruangan komen, ramai yang beranggapan mereka sedang menjalin hubungan cinta berdasarkan foto mesra dan kapsyen yang ditulis.
Netizen juga beranggapan yang Aiman dan Zahirah secocok untuk menjalinkan hubungan, sama cantik, sama padan!
Sebelum ini, BH Online melaporkan yang Zahirah dikatakan terpaut hati dengan Aiman bermula di laman sosial.
Menurut sumber, Zahirah menunjukkan sikap mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan kepada aktor terbabit.
Apabila Aiman memuat naik gambar makanan menerusi ruangan Instagram Stories miliknya, yang kononnya dihantar seseorang, ramai meneka tentulah Zahirah yang berbuat demikian.
Sebelum ini, Aiman pernah bergandingan dengan Zahirah dalam drama bersiri Demi Cinta Ain pada 2016 tetapi bukanlah sebagai hero dan heroin.
Setakat ini, belum ada penjelasan lanjut dari kedua-dua pihak.
Usaha Gempak untuk mendapatkan ulasan mereka berkenaan perkara ini menemui jalan buntu apabila Aiman gagal dihubungi dan Zahirah tidak membalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp.
Topic Berkaitan
#Aiman Hakim
#artis
#elebriti
#hiburan
#pelakon
#Zahirah MacWilson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan