awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada isu ‘overshadow’, Ziana yakin sinergi vokal Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel

Gempak
Gempak
03/07/2025
10:00 MYT
Tiada isu ‘overshadow’, Ziana yakin sinergi vokal Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel
Ziana Zain tidak bimbang soal persaingan dalam Konsert Empat Live In Kuala Lumpur, malah yakin persembahan bersama Anuar, Syamel dan Ernie akan harmoni dan diingati. -Gempak
BAKAL mengadakan Konsert Empat Live In Kuala Lumpur, penyanyi Ziana Zain memberitahu dia tidak berasa bimbang dakwaan kononnya akan timbul isu persaingan siapa lebih menonjol nanti.

Ringkasan AI
  • Ziana Zain tidak bimbang soal persaingan dalam Konsert Empat Live In Kuala Lumpur, malah yakin persembahan bersama Anuar, Syamel dan Ernie akan harmoni dan diingati.
  • Beliau menyatakan impian lama untuk mengadakan konsert bersama ahli keluarga akhirnya tercapai, menjadikannya hadiah istimewa buat peminat.
  • Konsert ini diarahkan oleh Jeniffer Thompson dengan pengarah muzik Lee Sze Wan, dan tiket kini hanya berbaki 15 peratus.

Kelebihan sendiri
"Saya tak kisah jika berlakunya 'overshadow'. Setiap penyanyi pasti mahu beri yang terbaik. Lagi pun, Anuar, Syamel dan Ernie masing-masing ada vokal yang sangat bagus.
“Saya sebaliknya gembira jika itu dapat jadikan konsert kami diingati. Saya yakin konsert itu akan menjadi sangat indah dan harmoni.
“Kami berempat sangat sepakat dalam semua hal. Kami seolah-olah boleh membaca fikiran masing-masing," katanya.
Konsert bersama ahli keluarga
Dalam pada itu, penyanyi lagu Madah Berhelah ini mengaku dia sudah lama mengimpikan mementaskan konsert bersama ahli keluarga.
Malah, kata Ziana, peminat sudah lama bertanya mengenai konsert sejak Ernie berkahwin dengan Syamel.
"Setiap kali berjumpa, topik konsert bersama sentiasa dibincangkan. Saya selalu cakap, alangkah seronoknya dapat buat konsert keluarga macam The Jackson 5.
“Di Malaysia jarang ada usaha seperti itu. Sebelum ini, yang pernah buat persembahan adik-beradik mungkin Mazuin Hamzah dan Quinary M sahaja.
“Jadi, apa salahnya kami berempat pula buat konsert. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kami anak-anak. Konsert ini adalah hadiah untuk peminat yang sudah lama menyokong kami.
“Kami mahu jadikan konsert ini paling diingati dalam hidup peminat dan kami sendiri," katanya.
Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 diarah Jeniffer Thompson, manakala Lee Sze Wan bertindak sebagai pengarah muzik.
Tiket menyaksikan konsert ini hanya berbaki 15 peratus. -Gempak
Topic Berkaitan
#Ziana Zain
#Ernie Zakri
#Konsert Empat Live In Kuala Lumpur
#Anuar Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan