MAMAT Khalid, insan yang mengajar penonton bergelak tawa menonton filem yang mentertawakan diri mereka.
Sarat elemen satira dan kupasan isu sejagat, itulah sentuhan Mamat yang takkan dapat tergantikan oleh sesiapa.
Kehilangan Allahyarham Mamat pada 24 Oktober tahun lalu ketika di usia 58 tahun menjadi kehilangan besar buat industri seni negara.
Masakan tidak, ada saja buah tangannya tak kira duduk di kerusi pengarah atau mencanai penanya menghasilkan skrip filem dan apa saja karya seni, ia umpama satu magis.
Luar biasa rasanya.
Sebagai bukti, filem "Hantu Kak Limah" pernah memecahkan rekod sebagai filem Melayu pertama yang mencatatkan kutipan pecah panggung bernilai lebih RM30 juta.
Ketika itu baru tahun 2007, francais filem arahan dan terbitan syarikatnya Enjit Semut Production berada di kedudukan teratas yang kekal relevan hingga sekarang.
Mamat menjadi pencipta trend baharu kepada industri perfileman Malaysia.
Selepas Mamat, ada saja naskhah baharu yang dihasilkan oleh pelbagai karyawan tempatan yang menyuntik elemen humor dalam masa sama mengangkat nilai kekeluargaan, moral dan hiburan.
Benar, Mamat adalah seniman terulung yang tiada gantinya.
Perginya Mamat belum sempat tertunai hajat menyudahkan filem "Kampung Pisang Berbuah Dua Kali".
Pun begitu, anaknya, pewaris legasi Mamat, Mohd Khalid Amen meneruskan hal yang berbaki.
Biar air matanya tumpah di set "Kampung Pisang Berbuah Dua Kali", Amen berjaya melunaskan impian terakhir arwah bapanya dengan jaya.
Sementelah, filem "Kampung Pisang Berbuah Dua Kali" kini telah siap dibikin dan bersedia untuk ditayangkan tidak lama lagi.
"Kampung Pisang Berbuah Dua Kali" telah menjalani penggambaran selama 10 hari dari 15 November lalu di sekitar Teluk Senangin dan Kuala Kangsar.
Naskhah terbabit menjadi karya terakhir yang ditulis oleh Allahyarham Mamat dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Bakal disiarkan Astro First, filem itu dibintangi Aziz M Osman, Kazar Saisi, Bell Ngasri, Ahmad Yasin, Rashid Othman, Azman Naim, Datin Paduka Eina Azman dan ramai lagi.
Mengimbas semula, Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak pada 24 Oktober lalu, jam 12.30 tengah malam.
BACA: Jenazah Allahyarham Mamat Khalid selamat dikebumikan
BACA: Mengenang Mamat Khalid: 'Apokalips' persembahan terakhir di hadapan keluarga
Allahyarham meninggalkan balu, Hasmah Hassan dan lima anak. Selain Amen, arwah dan isteri dikurniakan empat anak lain iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam dan Nur Hassanah.
BERITA BERKAITAN
Pemergian Mamat Khalid kehilangan bakat tiada pengganti
Mengenang Mamat Khalid: Arwah tak sempat arah filem 'Kampung Pisang Berbuah Dua Kali' - Anak
Program masakan 'Warung Pak Jabit' penampilan terakhir Mamat Khalid
Mamat Khalid adalah 'P. Ramlee' di zaman kita - Tiara Jacquelina
'Kalau dia pegang gitar, jadilah lagu' - Lat kongsi kehebatan Mamat Khalid
Mamat Khalid bangga jadi anak Perak, banyak perkenalkan budaya dan cara hidup - Fauziah Nawi
Mamat Khalid 'hero' dalam mengangkat mesej perpaduan - Halimah Sadique
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun Feb 27 2022
Sarat elemen satira dan kupasan isu sejagat, itulah sentuhan Mamat yang takkan dapat tergantikan oleh sesiapa. -Gempak
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih