awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Mamat Khalid kehilangan bakat tiada pengganti

Bernama
Bernama
23/10/2021
20:19 MYT
Pemergian Mamat Khalid kehilangan bakat tiada pengganti
Pemergian pengarah filem terkenal, Mamat Khalid merupakan satu kehilangan bakat yang tidak mungkin dapat dicari ganti. -Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Pemergian pengarah filem terkenal, Mamat Khalid merupakan satu kehilangan bakat yang tidak mungkin dapat dicari ganti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 12.30 malam tadi di Hospital Slim River.
BACA: Mamat Khalid meninggal dunia
"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mamat Khalid, penerbit, pengarah dan pelakon.
"Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam ciapan di Twitternya.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mamat Khalid, penerbit, pengarah dan pelakon. Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. https://t.co/DAjjq5nCqH
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 23, 2021
Dilaporkan, Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad bin Mohamad Khalid, 58 yang terkenal dengan filem arahannya seperti "Zombi Kampung Pisang" dan "Hantu Kak Limah', telah rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.
Menurut Hafiz, arwah dijangka akan dikebumikan di satu lokasi di Ipoh pagi Ahad.
Nada sedih yang sama turut dizahirkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam Twitternya;
"Al Fatihah. Moga Allah tempatkan Abang Mamat Khalid dalam kalangan mereka yang dirahmati olehNya".
Al Fatihah. Moga Allah tempatkan Abang Mamat Khalid dalam kalangan mereka yang dirahmati olehNya. https://t.co/zp5xMZrDHe
— Rina Mohd Harun (@RinaMohdHarun) October 23, 2021
Beberapa rakan selebriti yang rapat dan mengenali arwah turut melahirkan perasaan dukacita dan terkejut seperti pelakon Que Haidar yang menghantar ciapan dalam Twitter: "Antara pengarah terawal mengesan bakat saya. Al Fatihah untuk Abang."
Antara director terawal yg mengesan bakat saya. Bermula dgn 1 commercial Putrajaya dan seterusnya menghadiahkan saya Amy Mat Piah juga Deris. Al fatihah untuk Abang https://t.co/53cHX3ZEd4
— Que Haidar (@que_haidar) October 23, 2021
Sharifah Amani dalam hantarannya di Twitter : "Thank you Abang Mamat for the years of love and dedication towards your craft and country. You will be truly missed. (Terima kasih Abang Mamat untuk cinta dan dedikasi anda kepada seni dan negara buat sekian lama. Anda akan sentiasa dirindui). Semoga tenang disana. Salam takziah buat keluarga dan sahabat tercinta. Al Fatihah".
Innalillahiwainnailaihirojiun. Such a huge loss for our art and film family. Thank you Abang Mamat for the years of love and dedication towards your craft and country. You will be truly missed. Semoga tenang disana. Salam takziah buat keluarga dan sahabat tercinta. Al Fatihah https://t.co/YS2AHmngxi
— Sharifah Amani (@sharifahamani) October 23, 2021
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mamat Khalid
#Annuar Musa
#pengarah filem
#Zombi Kampung Pisang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan