LOS ANGELES: Pengambilalihan jutawan Elon Musk terhadap syarikat gergasi media sosial Twitter telah menimbulkan kekecohan dalam dunia media sosial.
Ini termasuk keputusan beliau mengenakan caj bulanan sebanyak AS$8 (RM37.67) bagi akaun ‘blue tick’ (tanda biru), pemberhentian besar-besaran pekerja dengan mengurangkan tenaga kerja sebanyak 50 peratus dan keputusan lain telah menyebabkan platform itu dilihat berantakan.
Musk selaku orang terkaya di dunia kerap menciap menggunakan akaun rasminya, menghantar mesej di Twitter yang membuatkan pengguna ‘bingung’. Malah pembeliannya terhadap platform media sosial itu membuatkan ramai tidak lagi berminat dengan Twitter, termasuk beberapa selebriti yang memilih meninggalkan platform tersebut.
Whoopi Goldberg
Hos terkenal, Whoopi Goldberg mengumumkan keputusannya berhenti dari menggunakan Twitter. Hal ini dikongsi dalam rancangan 'The View' siaran ABC. Lapor Variety. Hos berusia 66 tahun itu berkata Twitter disifatkan amat 'berantakan'. Bagaimanapun, Goldberg memberitahu dia sedia kembali jika semuanya telah selesai dan mula berasa selesa.
Amber Heard
Bekas teman wanita, Elon Musk, pelakon Amber Heard turut mengikut jejak langkah sama. Seorang pengguna Twitter 'The Umbrella Guy' sempat membuat tangkapan skrin profil Twitter Heard yang menulis 'Akaun ini tidak wujud'. Heard, yang baru-baru ini kalah dalam perbicaraan fitnah terhadap bekas suami Johnny Depp, pernah menjalin hubungan asmara dengan Musk selama setahun antara 2016 dan 2017 sebelum berpisah. Pasangan itu bertemu semula pada 2018 tetapi kemudian berpisah selepas gagal menyelamatkan hubungan mereka.
Gigi Hadid
Model Gigi Hadid menyahaktifkan akaun Twitternya selepas Musk mengambil alih Twitter. Dalam cerita Instagramnya, model berusia 27 tahun itu menulis Twitter dengan pimpinan baharunya disifatkan seperti 'kumbahan kebencian dan ketaksuban'. Lapor CBS, dia tidak mahu menjadi sebahagian dari pengguna Twitter walaupun berhubung dengan ramai peminat di platform itu.
Toni Braxton
Penyanyi R&B Toni Braxton juga memutuskan untuk berhenti dari laman microblogging selepas Musk mengambil alih tampuk Twitter. "Saya terkejut dengan beberapa "ucapan bebas" yang saya lihat di platform ini sejak pengambilalihannya. Ucapan kebencian di sebalik tabir "kebebasan bersuara" tidak boleh diterima. Oleh itu, Braxton memilih untuk tidak menggunakan Twitter kerana ia bukan lagi ruang selamat untuk dirinya, anak-anak dan pengguna lain.
Shonda Rhimes
Penulis skrip dan penerbit Shonda Rhimes juga berhenti membuat ciapan sejak Musk membeli Twitter dengan harga AS$44 bilion ( RM191.44 bilion). “Tidak berminat untuk ada di sini untuk apa sahaja yang Elon rancang. Bye,” tulisnya. - Agensi
Faida Rahim
Wed Nov 09 2022
Pembelian Musk terhadap platform media sosial itu membuatkan ramai tidak lagi berminat dengan Twitter, termasuk beberapa selebriti yang memilih meninggalkan platform tersebut. - Gambar/Astro AWANI, Reuters, AP
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Ibu bapa perlu pastikan anak bawah 13 tahun tidak miliki akaun media sosial - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Pertandingan Ratu Cantik AI pula dianjurkan
Tujuan pertandingan ini dianjurkan ialah mencari bakat penghasil kandungan AI generatif dari seluruh dunia.
Diskusi agama bersifat provokatif, KPN akan panggil pihak terlibat
KPN akan memanggil pihak yang dikenal pasti terlibat diskusi agama bersifat provokatif menerusi media sosial untuk menghadiri perbincangan bersemuka dalam masa terdekat.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.