TIKTOK hari ini memulakan ujian untuk sebuah aplikasi baharu di bawah mereka, dinamakan TikTok Notes.

Aplikasi baharu ini memfokuskan kepada perkongsian dalam bentuk gambar dan teks, lebih kurang seperti aplikasi Lemon8 di bawah Bytedance.

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi sesuatu gambar, atau melakukan perkongsian dalam bentuk tulisan.

TikTok menyatakan TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.


Buat masa ini, ujian TikTok Notes ini hanya terhad di Australia dan juga Canda sahaja.

Bagi pengguna tempatan yang turut ingin mendapatkan pengalaman awal menggunakannya, boleh turut mencuba aplikasi Lemon8 yang sedia ditawarkan di Malaysia. -Amanz