PENGACARA rancangan Haramain Backpackers, Mat Dan menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lepas.

Berita tersebut dikongsi oleh hos program Mat Dan Kaki Jalan itu menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Menerusi entri tersebut, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.

"Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.

"Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga," tulis Mat Dan di ruangan kapsyen.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt, pada jam 6:43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak kami pada 5 May 2018 (Sabtu) lepas .. Ibu dan anak keduanya sihat Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Terima Kasih kepada semua Doctor dan Nurse kt Salam Specialist Hospital dan juga Pusrawi KL. Korang mmg terbaik!! -MatDan & Difa-

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on


Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

Majlis perkahwinan pasangan itu diketahui umum selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu tular beberapa jam sebelum mereka bernikah.

Sumber: BH Online
Susunan: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mat Dan