PELAKON dan pengacara, Diana Amir selamat melahirkan cahaya mata ketiga, seorang bayi lelaki seberat 3.12kg di Hospital Umra, Shah Alam pada pukul 2.16 pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan Diana menerusi laman Instagram miliknya beberapa jam tadi, sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat dan rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraannya dan keluarga.
“SubhanAllah Alhamdulillah. Diana terharu dengan doa-doa daripada semua, daripada awal pregnancy sampailah selamat melahirkan pagi tadi. Terima kasih banyak-banyak, semoga Allah pulangkan kebaikan kepada awak-awak semua.
“Ikutkan due date hari Isnin tapi Allah nak bagi anugerah awal and actually, memang Diana doa untuk sakit contraction yang amat sangat, then akan cepat je dapat lahirkan baby. After 5 minutes masuk labour room, baby dah keluar. Thanks sayang bekerjasama dengan mummy tadi.
“Thanks juga kat doktor-doktor and nurses yang comel-comel dan baik-baik kat @hospitalumra. My 3rd baby kat Hospital Umra dan sentiasa boleh bergantung pada professionalism and friendliness mereka,” luahnya.
Dalam pada itu, Diana turut mendoakan agar mereka yang belum dikurniakan zuriat dipermudahkan rezeki, selain menitipkan nasihat kepada ibu-ibu yang bakap melahirkan.
“Diana doakan yang belum dikurniakan zuriat, akan memperoleh rezeki yang terbaik dariNya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin!
“Kepada yang bakal melahirkan, u can do it! Pasti Allah tidak sia-siakan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa-dosa dengan cara yang indah.
“Doakan baby boy Diana sihat, soleh, handsome, disayangi @khawlah_khadija. Diorang belum jumpa lagi adik diorg ni hahahaaa! #mummynervous . Yayy!! Alhamdulillah part paling scary (bersalin) dah settle, now panda eye and pantang mode on,” tulisnya sebagai kapsyen pada gambar pertama bayi lelakinya itu.
Diana mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd Habibbullah A.Rahman pada 25 Oktober 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khawlah Al Azwar, 3, dan Khadija Azzehra, 1.
Sinar Harian
Sat Nov 10 2018
Diana Amir selamat melahirkan cahaya mata ketiga, seorang bayi lelaki seberat 3.12kg di Hospital Umra, Shah Alam pada pukul 2.16 pagi tadi. -Foto Instagram Diana Amir
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Timang cahaya mata ketiga, Diana Amir dapat 'baby boy'
Berita gembira itu dikongsikan Diana menerusi laman Instagram miliknya beberapa jam tadi.