HAMPIR 10 bulan lalu, industri seni tanah air kehilangan sebutir permata yang sukar dicari ganti.
Insan itu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.
Tempoh masa yang berlalu bukan mudah bagi mereka yang mengenali Allahyarham, baik ahli keluarga, teman rapat mahupun peminat untuk melupakan penyanyi bersuara emas itu.
Rasa sama turut 'menghantui' penyanyi terkenal, Misha Omar yang merupakan teman rapat kepada Allahyarham Siti Sarah.
Menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram hari ini, pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu berkongsi antara momen bersama sahabat baiknya, sekitar 15 tahun lalu.
Menggambarkan kenangan tersebut berlaku ketika sesi latihan sebuah acara anugerah, Misha dalam coretan itu berkata Allahyarham Siti Sarah pernah bertanyakan kepadanya sama ada segmen tribute (penghormatan) akan dibuat untuk mereka apabila tiba masanya.
Segmen tribute kebiasaannya diadakan khas kepada tokoh seni tersohor dalam pelbagai bidang yang telah meninggal dunia.
"'Kak Chah (panggilan untuk Misha) rasa, bila sampai masa kita, ada ke segmen tribute untuk kita?'.
"Saya ketawa memandangkan kami baru setahun jagung ketika itu. Saya kata kalau kita ada banyak hits (lagu popular), InsyaAllah mesti ada.
"Dia kemudiannya bertanya lagi, 'tapi nanti, siapa yang akan nyanyi lagu-lagu kita?'," tulis Misha dalam kemas kini tersebut.
Berkongsi lanjut, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar menjelaskan kepada Allahyarham Siti Sarah bahawa segmen tersebut selalunya akan dinyanyikan oleh artis-artis baharu yang hebat dan popular.
Anak seni kelahiran Machang, Kelantan itu menambah dia memberitahu Allahyarham kemungkinan dia akan dijemput Illahi terlebih dulu memandangkan usianya lebih tua berbanding Siti Sarah.
"Kalau Kak Chah pergi dulu, Sarah nyanyilah lagu kak Chah ok?, kata saya sambil ketawa.
"Dia jawab: 'Ehh, tapi kalau tengok umur kita sebenarnya tak jauh kak, kalau tua-tua nanti macam mana Sarah nak nyanyi lagu Bunga Bunga Cinta?
"'Mesti kena turunkan key banyak dan nanti dah tak bunyi menyanyi tu kak, itu dah macam bercakap.' Dia (Sarah) ketawa lagi dan kali ini lebih lama," imbas Misha lagi.
Menerusi hantaran sama, Misha, 40, turut memuat naik video persembahan dalam segmen tribute pada Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Misha pada segmen tersebut menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan Allahyarham Siti Sarah, Bersamamu dan menyifatkan tugasan tersebut amat berat untuk digalas olehnya.
"Kerana hal ini pernah saya bualkan bersama Allahyarham Siti Sarah.
"Setiap patah perkataan dalam lirik lagu Bersamamu 'hit me differently'. Dilema perasaan antara mahu menyanyi dan menangis tiba-tiba bersatu menjadi segumpal rasa tersekat di kerongkong, yang tidak juga saya temukan perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkannya... sukar!!
"Satu pengalaman yang tak akan saya lupakan," katanya.
Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan genre muzik pop itu menzahirkan rasa syukur kerana impian Allahyarham Siti Sarah telah dimakbulkan.
"Ada segmen tribute untuknya, yang menyanyikan lagu hits dia bukan calang-calang orangnya, Aina Abdul dan pasti dia bangga.
"Masakan tidak, saya sahabatnya hati turut berbunga mendengar alunan Aina begitu baik melalui (lagu) Ke Hujung Dunia," tulisnya lagi.
Dalam nukilan sama, Misha mengakui kehilangan akan mengajar seseorang untuk menjadi kuat walaupun dihimpit dengan kenangan.
"Kenangan pahit mahupun manis dengan seseorang yang telah pergi tetap juga akan menyiat dan menyentap jiwa," luahnya sambil berharap agar nama Allahyarham Siti Sarah akan sentiasa berada dalam doa orang ramai.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada jam 5.13 pagi.
Siti Sarah meninggalkan suami, Shuib Sepahtu dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, serta Ayash Affan.
Hasimi Muhamad
Mon May 30 2022
Misha Omar menyanyi lagu Bersamamu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah pada segmen tribute malam tadi - Foto/ Instagram Bella Khalid
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Shuib, Watie naik pelamin Jun ini
Tidak lama lagi Shuib akan umumkan tarikh pernikahannya dengan wanita pilihan, Watie Hanifiah
Shuib akui sedia akhiri zaman duda
Shuib dedah ada ketika anak-anaknya luah rasa rindu dan menangis kenangkan ibu mereka.
"Selamat hari lahir Ayash Affan" - Shuib rai ulang tahun pertama anak bongsu
Hari ini juga genap setahun Siti Sarah Raisuddin kembali ke rahmahtullah akibat COVID-19.
'Tugasan berat untuk digalas' - Misha Omar kongsi perbualan segmen 'tribute' dengan Siti Sarah
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM, UKM pada 9 Ogos tahun lalu.
Shuib menyesal termarah, terkilan tak sempat minta maaf pada Sarah
Shuib terkilan kerana termarah pada isterinya di dalam hati kerana arwah meminta nasi putih bersama telur goreng dan kicap pada 2.30 pagi.
Shuib tidak galak anak-anak jadi artis
Kata Shuib, biarlah Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin berkongsi bakat seni dalam lingkungan keluarga sahaja.
Siapa wanita "misteri" dipeluk anak Shuib Sepahtu?
ANAK perempuan Allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahr, 9, dilihat sudah menyayangi seorang wanita yang dikatakan telah menemaninya dan menggembirakannya.
"Anak yang ditatang, diiqamat sejak hari pertama.. masih perit" - Luahan rindu bapa Siti Sarah
"Jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dulu sebelum anak. Tapi siapa kita untuk melawan takdir?"
'Shuib terharu dapat sentuh, kucup Ayash' - pesan Siti Sarah agar jaga zuriat jadi anak soleh
Selepas kehilangan isteri kesayangan, selebriti Shuib Sepahtu yang juga bergelar usahawan berjaya, meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan permata hati keempatnya, Ayash Affan.
COVID-19: Abang Allahyarham Siti Sarah dimasukkan ke ICU
Ahmad Firdous ditidurkan sejak pukul 5 pagi bagi membolehkan paru-parunya berehat, kata abang iparnya, Shuib Sepahtu.