awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turut sahur dan berbuka, dah 12 tahun Soo Wincci berpuasa di bulan Ramadan

Nona
Nona
24/03/2023
05:00 MYT
Turut sahur dan berbuka, dah 12 tahun Soo Wincci berpuasa di bulan Ramadan
Dua belas tahun nyata bukan tempoh singkat dan kemampuan Wincci menahan lapar dan dahaga selama sebulan membuktikan sikap komited jelitawan ini terhadap sesuatu perkara. -Nona
KAGUM dengan kesungguhan Profesor Madya Dr Soo Wincci yang gigih berpuasa di bulan Ramadan setiap tahun.
Dalam keterujaan seluruh umat Islam menyambut bulan mulia, selebriti popular yang juga Miss World Malaysia 2008 ini turut tidak mahu ketinggalan menjalani amalan puasa ini bersama-sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Menariknya, tahun ini merupakan tahun ke-12 Wincci berpuasa!
Dua belas tahun nyata bukan tempoh singkat dan kemampuan Wincci menahan lapar dan dahaga selama sebulan membuktikan sikap komited jelitawan ini terhadap sesuatu perkara.
Pastinya Wincci merasai kelebihan berpuasa itu sendiri hingga sanggup meneruskan amalan berkenaan lebih sedekad.
Kredit Instagram @dr.soowincci
Kredit Instagram @dr.soowincci
Turut bersahur awal pagi sebelum masuk waktu Subuh dan berbuka puasa pada waktu Maghrib, Wincci yang bakal menginjak usia 38 tahun turut mengajak peminat bersahur secara online bersama-sama.
Demi memastikan tidak terlewat masa untuk bersahur dan berbuka, Wincci turut memuat naik jadual waktu solat bulan Ramadan 1444 Hijrah 2023 Masihi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di media sosial miliknya.
Mengikuti perkembangan kerjayanya, Wincci pada April tahun lalu memulakan tugas sebagai pensyarah serta pengkaji kedoktoran di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kredit Instagram @dr.soowincci
Kredit Instagram @dr.soowincci
Kesungguhan Wincci berpuasa ini nyata mendapat reaksi positif daripada peminat khususnya mereka yang beragama Islam.
Atas semangat kekitaan sebagai rakyat Malaysia, dia secara sukarela mahu ‘meraikannya’ bersama.
Prof Madya Dr Soo Wincci memang tidak pernah lelah menyuntik inspirasi kepada masyarakat. Selain memiliki peribadi yang baik, dia juga wanita pintar dan berjiwa besar.
Sebelum ini namanya terpahat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya mencipta dua rekod iaitu sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak. -Nona
Topic Berkaitan
#Soo Wincci
#berpuasa dan bersahur
#tahun ke-12 Wincci berpuasa
#Puasa 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan