awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TWICE bakal 'Cheer Up' Once di Kuala Lumpur Julai ini

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/04/2018
00:37 MYT
TWICE bakal 'Cheer Up' Once di Kuala Lumpur Julai ini
TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015.
Once, adakah anda terima ‘Signal’ TWICE?
Kumpulan K-pop terkenal, TWICE, bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Asia, ‘TWICE LAND, Fantasy Park’.
TWICE menguar-uarkan tentang konsert mereka, 'TWICE 2nd Tour - TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park' menerusi satu kenyataan di akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini.
TWICE 2ND TOUR 'TWICELAND ZONE 2 : Fantasy Park' IN KUALA LUMPUR Ticket Open Noticehttps://t.co/dSEllrqxOW#TWICE #/a> #TWICELAND #ZONE2 #FantasyPark
— TWICE (@JYPETWICE) April 17, 2018
Bertemakan fantasi, TWICE bakal membawa ‘taman fantasi’ mereka ke Malaysia pada 28 Julai ini.
Dianjurkan oleh IME, konsert tersebut akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam.
Jualan tiket atas talian KSTAR (www.kstar.tv) dibuka pada 21 April bermula jam 3 petang sehingga 22 April (sehingga jam 3 petang) dengan harga tiket dijual serendah RM388.
Peminat yang membeli tiket VIP akan mendapat ganjaran istimewa.
TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015 di bawah syarikat pengurusan JYP Entertainment.
Single pertama mereka, ‘Cheer Up’, menerima sambutan hangat dan lagu tersebut berjaya mengungguli carta-carta utama Korea seperti Naver, Melon, Mnet dan Soribada sekali gus merangkul gelaran 'Song Of The Year' pada Anugerah Muzik Mnet Asia dan Anugerah Muzik Melon 2016.
Selepas 'Cheer Up', kumpulan ini terus memukau peminat mereka yang juga dikenali dengan nama fandom ‘Once’ dengan beberapa lagi lagu hit seperti ‘Knock Knock’, ‘TT’, ‘Signal’ dan yang terbaharu, ‘What Is Love’.
Topic Berkaitan
#Anugerah Muzik Melon 2016
#Anugerah Muzik Mnet Asia
#Cheer Up
#JYP Entertainment
#Kuala Lumpur
#Melon
#Mnet
#Naver
#Onces
#signal
#Sixteen
#Soribada
#Stadium Malawati
#TWICE
#TWICE 2nd Tour - TWICELAND ZONE 2 Fantasy Park
#TWICE LAND Fantasy Park
#What Is Love
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan