ENTERTAINMENT
Tyrese Gibson...'nafi' dalam Bahasa Inggeris adalah 'deny'

Rentetan kisah Tyrese Gibson yang meminta pengurus akaun Twitter Astro AWANI memadamkan sebuah video mengenai penafiannya memeluk agama Islam.
Minggu lalu dunia dikejutkan dengan perihal seorang bintang terkenal Hollywood yang dikatakan telah memeluk agama Islam.
Beliau yang dimaksudkan adalah aktor yang popular menerusi lakonannya dalam siri filem The Fast and The Furious iaitu Tyrese Gibson.
Pelbagai portal berita dan hiburan seluruh dunia membuat andaian bahawa anak seni kelahiran Los Angeles itu telah menerima agama Islam susulan beberapa muat naiknya di laman Instagram.
Profil Instagramnya terus dihujani banyak komen-komen dari peminat beragama Islam yang dilihat seakan-akan ‘menerima’ saudara baru.

Tyrese Insta 1

Tyrese Insta 2

Tyrese Insta 3

Tyrese Insta 4

Tyrese FB
Tidak semena-mena, liputan itu mendapat perhatian pihak pengurusan atau Tyrese sendiri sehingga pelakon dan penyanyi itu menggesa Astro AWANI untuk memadamkan salah satu video di laman web astroawani.com.
Lalu dimintanya pengurus akaun Twitter Astro AWANI memadamkan video itu menerusi muat naik di Twitter.
Astro AWANI bertindak pantas dengan menerangkan maksud sebenar tajuk yang disalahertikan itu.
Secara ringkasnya, Tyrese menyalah anggap video dan berita yang disiarkan Astro AWANI sebagai satu lagi kisahnya menukar agama.
Tyrese yang baru melancarkan single terbaru dari album kesepuluh turut menggunakan Twitter untuk sekali lagi menjernihkan status pegangan agamanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami