awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ungku Hariz tak cemburu Jihan lebih popular daripadanya

Gempak
Gempak
17/12/2018
08:28 MYT
Ungku Hariz tak cemburu Jihan lebih popular daripadanya
UNGKU HARIZ menyifatkan populariti dia dan Jihan saling melengkapi satu sama lain
PELAKON Ungku Hariz Ungku Mohamed Fadli tidak pernah tergugat dengan populariti yang diraih isterinya, Jihan Muse yang juga seorang pengacara dan pelakon popular.
Bahkan, Ungku Haris sangat positif melihat perkembangan itu kerana baginya, perjalanan seni dia dan isterinya itu saling melengkapi satu sama lain.
"Perjalanan seni saya dan isteri berbeza dan saya akui dia lagi popular berbanding saya walaupun kami bermula pada masa sama,' kata Ungku Hariz ketika ditemui pada majlis pelancaran filem televisyen Berani Jadi Papa baru-baru ini.
Dalam apa keadaan sekalipun, Ungku Hariz tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diatur oleh Allah.
Sepanjang 2018 misalnya, kata Ungku Hariz, dia tidak putus-putus menerima tawraanb berlakon.
"Untuk saya, tahun 2018 adalah rezeki untuk anak dan sepanjang tahun ini Alhamdulillah tawaran berlakon tidak putus. Harap-harap tahun 2019 akan lebih meriah," kata Ungku Hariz mengenai harapannya.
Ungku Hariz dan Jihan yang mendirikan rumah tangga pada 2016 dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari lalu.
Dalam merencanakan karier lakonannya juga, Ungku Hariz tidak meletakkan sebarang syarat seperti mana isterinya yang kini bergelar ibu.
"Jihan tegas dalam kariernya, selalunya dia akan meminta pihak produksi menamatkan penggambaran sebelum waktu Maghrib. Ini disebabkan status dan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
"Namun, berbeza bagi saya yang akan bertoleransi dengan waktu penggambaran dengan pihak produksi.
"Contohnya seperti penggambaran filem Berani Jadi Papa yang biasanya berlanjutan sampai waktu malam malah adakalanya hingga ke Subuh," tambahnya lagi.
Ungku kini muncul dengan filem televisyen Berani Jadi Papa bergandingan dengan Datuk Awie dan Rykarl Iskandar.
Berani Jadi Papa telah mula bersiaran di Astro First Eksklusif (480) mulai 6 Disember.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Berani Jadi Papa berulang kali selama 48 jam dari waktu pembelian.
Topic Berkaitan
#Berani Jadi Papa
#Jihan Muse
#pelakon
#suami isteri
#Ungku Hariz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan