awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upacara memperingati Coco Lee dibanjiri lautan peminat

Agensi
Agensi
31/07/2023
11:36 MYT
Upacara memperingati Coco Lee dibanjiri lautan peminat
Para peminat tiba dari seluruh pelosok dunia termasuk China, Singapura, Malaysia, dan Amerika Syarikat untuk hadir ke acara memperingati mendiang Coco Lee. -Instagram Coco Lee
HONG KONG: Susulan kematian penyanyi pop Amerika kelahiran Hong Kong, Coco Lee pada 2 Julai lalu, satu acara bagi memperingati mendiang diadakan pada Isnin di rumah pengebumian di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (SAR).
Memetik laporan Global Times, ribuan peminat tiba dari seluruh pelosok dunia termasuk China, Singapura, Malaysia, dan Amerika Syarikat untuk hadir ke acara memperingati mendiang.
Bakul dan kalungan bunga dengan mesej "Coco Lee akan dikenang selama-lamanya” dilihat banyak dijual di kedai bunga berhampiran.
Walaupun hujan, peminat sanggup meredahnya untuk mendapatkan jambangan bunga yang dijual.
Menurut kakak mendiang, Carol Lee, beberapa nama tersenarai sebagai pembawa jenazah termasuk abang ipar Lee, Lee Billy Ho; penyanyi Jenny Tseng; dan Presiden Bersama Warner Music Asia Jonathan Serbin.
Suami Coco, Bruce Rockowitz, bagaimanapun tidak disenaraikan.
Rockowitz yang tiba pada jam 3.50 petang waktu tempatan di rumah pengebumian dengan berpakaian putih bagaimanapun dilihat bersedih.
Terdahulu, penyanyi berusia 48 tahun itu dilaporkan mengalami kemurungan beberapa tahun kebelakangan dan keadaannya merosot secara drastik sejak beberapa bulan lalu.
Topic Berkaitan
#coco lee
#Bruce Rockowitz
#penyanyi pop Amerika kelahiran Hong Kong
#upacara memperingati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan