awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal' tidak ke senarai akhir Oscar, Les' Copaque tetap bangga!

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
13/01/2020
14:36 MYT
'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal' tidak ke senarai akhir Oscar, Les' Copaque tetap bangga!
Burhanuddin Md Radzi mengakui, bukan mudah untuk bersaing dengan 31 filem lain dalam kategori tersebut. - Bernama
Walaupun filem animasi tempatan, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tidak berjaya disenaraikan dalam senarai lima calon akhir bagi Anugerah Akademi, pihak terbitan Les' Copaque Production tetap berbangga karya mereka berentap dalam pencalonan awal.
Pengarah Urusan Les' Copaque Production Burhanuddin Md Radzi mengakui, keputusan itu (tidak berjaya ke senarai akhir) sudah dijangkakan pihaknya kerana persaingan yang amat sengit.
"Sebenarnya pihak kami sudah menjangkakan keputusan ini, tetapi kami tetap bangga disenaraikan dalam pencalonan awal.
"Bukan mudah untuk bersaing dengan 31 pilihan lain, kita semua tahu anugerah ini kalau boleh semua orang nak bertanding.
"Apa yang lebih menyukarkan, pemilihan adalah mengikut sistem pengundian yang melibatkan pengundian daripada 300 juri," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Pada masa sama, Burhanuddin turut menjelaskan, untuk dipilih sebagai calon bagi Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Oscar's, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
BACA: 'Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal' tersenarai untuk saingan ke Anugerah Oscar 2020
"Oscar adalah anugerah paling besar dalam industri. Apabila sesebuah filem tercalon, nilainya akan terus meningkat.
"Oleh sebab itu, filem besar seperti terbitan Disney dan sebagainya membelanjakan peruntukan yang amat tinggi untuk memenangi anugerah ini," jelasnya.
Ujarnya lagi, pada masa akan datang, pihaknya akan terus berusaha untuk menghasilkan filem animasi yang lebih baik serta lain daripada yang lain.
Bagi kategori filem animasi terbaik, lima calon yang berjaya disenaraikan adalah How To Train Your Dragon: The Hidden World, I Lost My Body, Klaus, Missing Link dan Toy Story 4.
Anugerah tahun ini akan berlangsung pada 9 Februari di Los Angeles.
BACA: Terbitan anak Malaysia berjaya ke senarai akhir kategori dokumentari pendek
BACA: Gembira prestasi tanpa hos, Oscar 2020 ulangi sejarah
Topic Berkaitan
#Anugerah Akademi
#Anugerah Oscar
#Burhanuddin Md Radzi
#Keris Siamang Tunggal
#Les' Copaque Production
#Upin dan Ipin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan