awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Wadi jelas isu hadir majlis perkahwinan Janna Nick

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2023
11:45 MYT
Ustaz Wadi jelas isu hadir majlis perkahwinan Janna Nick
Gambar tular yang memperlihatkan kehadiran Ustaz Wadi di majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menegaskan bahawa kehadiran beliau ke majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann hanyalah sekadar meraikan hukum undangan kenduri kahwin yang mana ia wajib untuk dipenuhi.
Menurutnya, selain menerima undangan untuk meraikan pasangan pengantin, beliau juga dijemput untuk bacaan doa.
“Pada hari kejadian (10 Jun) saya tiba di majlis tersebut tetapi pengantin masih tidak kelihatan dan kemudiannya kami dibawa untuk duduk di suatu tempat.
“Selepas 10 minit, pengerusi majlis mengumumkan untuk saya membaca doa dan pada ketika itu juga pengantin masih belum tiba,” katanya menerusi satu rakaman video di laman sosial, TikTok, pada Isnin.
Baru-baru ini, media tempatan hangat melaporkan majlis perkahwinan Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann menjadi bualan ramai kerana memiliki konsep persis budaya barat dan perkara yang menjadi perhatian ramai adalah Ustaz Wadi turut dijemput ke majlis tersebut.
Beritahu Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub, sebaik sahaja melihat pengantin tiba, beliau memaklumkan kepada pembantu peribadi untuk terus pulang tanpa menunggu sehingga ke penghujung majlis.
Jelas Mohamad Wadi Annuar, beliau mengambil keputusan untuk tidak makan dan bergambar.
“Apabila melihat keadaan begitu, saya terus bangun dan memaklumkan kepada tuan rumah untuk balik terlebih dahulu.
“Itu yang diajarkan oleh ahli agama Islam kita untuk tidak memalukan orang, menimbulkan persepsi negatif, menjatuhkan tuduhan dan fitnah,” ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ustaz Wadi Annuar
#Janna Nick
#Dini Schatzmann
#majlis perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan