awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UDA optimis prospek pasaran hartanah 2026 kekal berdaya tahan
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vin Diesel 'ganti' Paul Walker pada majlis perkahwinan anak perempuan mendiang

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2021
02:48 MYT
Vin Diesel 'ganti' Paul Walker pada majlis perkahwinan anak perempuan mendiang
Vin Diesel mengiringi Meadow Walker pada majlis perkahwinan anak mendiang rakan baiknya itu dengan Louis Thornton-Allan. -Instagram
BUKAN sekadar rakan artis dalam filem, malah persahabatan mereka lebih daripada itu.
Biar pun Paul Walker sudah tiada lagi, namun nilai persahabatan mereka kekal sehingga ke hari ini.
Pada Jumaat, bintang filem itu hadir pada majlis perkahwinan anak mendiang rakan baiknya itu, Meadow Walker dengan pelakon Louis Thornton-Allan.
Walaupun mendiang ayahnya tiada di sisi, namun Diesel sudi 'menggantikan' Paul untuk mengiringi Meadow pada hari bahagia pasangan itu.
Meadow Walker, 22, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Jumaat.
"Kami sudah berkahwin!!!!" kongsinya dalam video hitam putih pada majlis gilang-gemilang pinggir pantai.
View this post on Instagram
A post shared by Meadow Walker (@meadowwalker)
Dalam klip itu, Meadow dilihat memakai gaun Givenchy 'halterneck' yang menawan, dipadankan dengan vel putih.
Vin Diesel kemudian muncul bersama pengiring pengantin perempuan serta rakan dan ahli keluarga yang lain.
Sumber memberitahu E! bahawa Vin Diesel yang juga ayah baptisnya mengiringi Meadow untuk lafaz perkahwinan.
View this post on Instagram
A post shared by Meadow Walker (@meadowwalker)
Rakan-rakan dan peminat bintang tampil meninggalkan komen juga ucapan tahniah sempena hari bahagia pengantin.
Walaupun tidak dinyatakan lokasi majlis secara khusus, menurut Vogue, difahamkan kedua-dua pasangan itu berkahwin dalam upacara mewah di Republik Dominika.
Meadow walau bagaimanapun agak kecewa kerana situasi pandemik telah mencacatkan sedikit perancangan awal mereka.
"Pandemik COVID-19 telah menjejaskan perancangan kami.
"Keluarga Louis tidak dapat hadir.
"Ramai rakan karib yang kami anggap sebagai keluarga juga tidak dapat hadir akibat sekatan perjalanan," kata Meadow kepada Vogue.
View this post on Instagram
A post shared by Meadow Walker (@meadowwalker)
Pasangan ini mengumumkan pertunangan beberapa bulan lalu selepas Meadow menunjukkan sebentuk cincin dalam video yang disiarkan pada Ogos.
Ayah Meadow, bintang "Fast and Furious" Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 2013 ketika anak perempuannya itu baru berusia 15 tahun.
BACA: Pelakon 'The Fast and the Furious', Paul Walker maut dalam kemalangan
BACA: Anak Paul Walker terima pampasan kemalangan bapa RM39 juta
BACA: Kereta Supra mendiang Paul Walker dalam 'Fast & Furious' bakal dilelong
BACA: 21 buah kenderaan milik Paul Walker dibida dengan harga RM9.4 juta
BACA: 'I Am Paul Walker' dedah sisi rahsia bintang Fast and Furious
BACA: Scott Eastwood sertai filem Fast 8, beri penghormatan emosi kepada mendiang, Paul Walker
BACA: Hakim tolak saman ke atas Porsche dalam kes kemalangan Paul Walker
BACA: [MOVIE] Kenangan! Vin Diesel beri penghormatan emosi kepada mendiang Paul Walker
BACA: Sahabat handai peringati setahun pemergian Paul Walker
Topic Berkaitan
#Paul Walker
#Vin Diesel
#Meadow Walker
#Louis Thornton-Allan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan