awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim tolak saman ke atas Porsche dalam kes kemalangan Paul Walker

Agensi
Agensi
06/04/2016
01:30 MYT
Hakim tolak saman ke atas Porsche dalam kes kemalangan Paul Walker
Selain saman daripada balu kepada pemandu kenderaan itu, Porsche turut berdepan saman yang dikemukakan anak serta bapa Paul Walker. - Gambar fail
Seorang hakim mahkamah di California telah menolak permohonan saman terhadap syarikat pemotoran Porsche yang difailkan balu seorang lelaki yang terkorban bersama bintang The Fast and Furious, Paul Walker, pada tahun 2013.
Balu kepada Roger Rodas, Kristine, mendakwa beberapa kerosakan teknikal pada kenderaan Porsche Carrera GT 2005 yang dipandu suaminya itu telah menyebabkan kemalangan tersebut.
Bagaimanapun, Hakim Philip Gutierrez menolak saman itu pada Isnin, berikutan dakwaan Kristine itu tidak disertakan sebarang bukti.
“Plaintif tidak menawarkan bukti kukuh bahawa kematian Rodas berpunca daripada sebarang kesilapan pihak defendan,” jelas Gutierrez.
Selepas insiden kemalangan itu, yang menyaksikan kereta mewah berkenaan melanggar pokok dan tiang lampu di sebatang jalan di Santa Clarita, utara Los Angeles, pihak penyiasat menyimpulkan bahawa Rodas memandu dalam kelajuan yang tidak selamat dan seterusnya hilang kawalan ke atas kenderaan tersebut.
Namun, Kristine dalam samannya mendakwa, Porsche itu mengalami masalah pada bahagian suspensi dan perlindungan impak sisi, serta ia telah meletup lalu terbakar kerana tidak memiliki kerangka pelindung kemalangan dan sel bahan api yang selamat.
Gutierrez menolak dakwaan itu, dengan menyatakan hasil bedah siasat menunjukkan bahawa kecederaan parah yang dialami Rodas disebabkan oleh trauma hentakan dan bukannya kebakaran.
Pembuat kereta itu, yang menafikan sebarang kesilapan dalam reka bentuk keretanya, berdepan dua lagi saman berkaitan kemalangan tersebut. Saman itu difailkan oleh anak perempuan dan bapa Paul Walker.
Paul Walker yang meraih kemasyhuran dalam franchais aksi perlumbaan, The Fast and Furious, sedang bercuti daripada penggambaran filem ketujuh ketika dia terbabit dalam kemalangan itu.
Topic Berkaitan
#kemalangan Paul Walker
#Porsche
#Roger Rodas
#saman mahkamah
#The Fast and Furious
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan