awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion

Bernama
Bernama
06/02/2026
20:00 MYT
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
Menurut kenyataan bersama BNM dan SC, CFIL telah melaksanakan beberapa inisiatif sejak penubuhannya, termasuk Program Penggalak dan Makmal Penyelesaian Modal.
KUALA LUMPUR: Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim (CFIL) di bawah Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (JC3) telah menerima penyertaan 30 projek setakat Januari 2026, dengan keperluan pembiayaan keseluruhan melebihi RM4 bilion.

Ringkasan AI
  • Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim (CFIL) di bawah JC3 telah terima penyertaan 30 projek sehingga Januari 2026 dengan keperluan pembiayaan melebihi RM4 bilion.
  • CFIL menekankan kerjasama pelbagai penyedia modal bagi merangka struktur pembiayaan inovatif, penting untuk projek iklim baharu.
  • JC3 menegaskan keutamaan strategik untuk mempercepatkan tindakan iklim dalam ekonomi sebenar, termasuk pembangunan Taksonomi Malaysia bagi pembiayaan mampan.

Menurut kenyataan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), CFIL telah melaksanakan beberapa inisiatif sejak penubuhannya, termasuk Program Penggalak dan Makmal Penyelesaian Modal.
"Pada masa hadapan, CFIL akan menumpukan pada aspek penyelesaian termasuk kesediaan projek dan sokongan dan daya maju, serta memperkukuh kerjasama antara sekto awam, swasta dan kedermawanan (philanthropic), " menurut kenyataan itu.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia merangkap Pengerusi Bersama JC3 Madelena Mohamed berkata CFIL menekankan kepentingan kerjasama pelbagai penyedia modal dalam merangka struktur pembiayaan inovatif bagi projek iklim yang baharu dan berisiko lebih tinggi, yang mungkin belum memenuhi kriteria risiko dan pulangan pembiayaan tradisional.
"Tanpa pendekatan kolaboratif antara sektor swasta, awam dan kedermawanan, projek yang penting untuk mencapai matlamat kelestarian negara akan terus kekurangan pembiayaan.
"Usaha merapatkan jurang ini juga memerlukan pendekatan jangka panjang terhadap risiko dan pulangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kemampanan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Pengerusi Bersama JC3 Neetasha Rauf berkata usaha menggalakkan peluang pembiayaan yang berdaya maju bagi adaptasi iklim serta memperkukuh daya tahan terhadap risiko iklim kekal sebagai keutamaan JC3.
"Taksonomi Malaysia, yang berasaskan sains dan sejajar dengan Taksonomi ASEAN, akan menjadi instrumen penting dalam menyalurkan modal ke arah aktiviti yang memacu peralihan ekonomi sebenar ke landasan yang lebih mampan.
"Pemain industri juga boleh merujuk Kertas Putih Fasa 1 Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) mengenai pembangunan Panduan Mitigation Cobenefit and Adaptation for Resilience (mARs) bagi memudahkan pengenalpastian aktiviti dan teknologi penyesuaian iklim yang boleh dilabur, sekali gus meningkatkan kebolehlaksanaan projek di bawah CFIL," katanya.
JC3 mengadakan mesyuarat ke-16 pada 29 Jan 2026 bagi menilai kemajuan semasa serta menetapkan keutamaan strategik bagi tahun 2026.
Pada mesyuarat itu, JC3 turut membincangkan keutamaan strategik baharu bagi memperkukuh daya tahan sektor kewangan terhadap risikoi iklim. Antara perkara yang diteroka termasuk mekanisme perkongsian risiko bagi projek peralihan dan adaptasi iklim, pengenalpastian pendekatan dasar untuk menyokong kewangan iklim, serta pembangunan penyelesaian kewangan bagi menyokong projek kredit karbon.
Dalam mesyuarat itu, JC3 menegaskan semula keutamaannya untuk mempercepatkan tindakan iklim dalam ekonomi sebenar melalui penggemblengan pembiayaan bagi projek iklim dan alam semula jadi yang berimpak tinggi, sambil mengiktiraf kejayaan pelaksanaan inisiatif pada 2025, termasuk Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
"Mengambil kira momentum ini, JC3 akan terus menumpukan usaha kepada pengukuhan ekosistem pembiayaan iklim dan mampan.
"Ini termasuk pembangunan Taksonomi Malaysia sebagai rangka klasifikasi nasional yang konsisten dan bersatu bagi pembiayaan mampan, sejajar dengan Taksonomi ASEAN.
"Panggilan maklum balas berhubung reka bentuk dan skop Taksonomi Malaysia akan dikeluarkan pada akhir Februari bagi mendapatkan pandangan berkaitan penerimaan serta pelaksanaan," menurut kenyataan itu.
"Satu panggilan untuk mendapatkan maklum balas mengenai rekabentuk dan skop Taksonomi Malaysia akan dikeluarkan pada akhir Februari bagi mengumpul pandangan berkaitan penerimaan dan pelaksanaan taksonomi tersebut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#ASEAN
#CFIL
#sektor swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan