awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sedia sambung rangkaian rel Thailand ke Rantau Panjang - Loke
Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara - Fadillah
Virus Nipah: Singapura perketat saringan kesihatan di pintu masuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ganti James Bond? Tak payahlah - Rachel Weisz

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2018
02:20 MYT
Wanita ganti James Bond? Tak payahlah - Rachel Weisz
Rachel Weisz mengahwini rakan baiknya yang juga pelakon ke-6 watak james Bond, Daniel Craig pada Jun 2011 - Gambar REUTERS
DIA mengahwini pelakon ke-6 memegang watak James Bond, Daniel Craig. Bukan mahu masuk campur dalam urusan agen 007 itu tapi Rachel Weisz ada pendapatnya tersendiri mengenai cadangan Bond versi wanita.
Dalam temubual bersama Daily Telegraph, Wiesz tidak setuju watak yang selama ini sinonim dengan lelaki diberikan kepada wanita. Menurutnya tak salah kalau nak buat filem pasal perisik wanita tapi janganlah tukar watak Bond kepada wanita.
“Wanita amat mempersonakan dan menarik dan berhak mendapat cerita sendiri,” jelas pelakon jelita berusia 47 tahun itu
Menurut Weisz hasil usaha Ian Fleming yang mencipta watak Bond itu 60 tahun lalu perlu dihormati, bukannya dengan menukar watak perisik budiman itu kepada wanita.
Kenyataan Weisz itu sebagai reaksi kepada cadangan Idris Elba, 45, beberapa minggu lalu yang mahu watak perisik British itu diberikan kepada wanita berbanding lelaki kulit hitam.
Sejak Elba mengeluarkan pendapatnya itu beberapa pelakon wanita dikaitkan dengan watak berkenaan antaranya pelakon X-Files, Gillian Anderson, Emilia Clarke, Dame Helen Mirren dan pelakon Bollywood yang meningkat naik di Hollywood Priyanka Chopra.
Filem Bond ke-25, yang terakhir lakonan Craig dijadual ditayangkan pada 9 November 2019.
Topic Berkaitan
#Daniel Craig
#Emilia Clarke
#Gillian Anderson
#Helen Mirren
#idris elba
#james bond
#Rachel Weisz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan