awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
09/08/2019
13:11 MYT
Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin
Dalam kerancakkan konsert yang berlangsung selama dua hari itu Westlife tidak lupa dalam usaha mencari dan menyalamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang sejak Ahad. -Gambar fail
Bagi peminat kumpulan Westlife yang hadir menyaksikan konsert jelajah mereka di ibu negara pasti tidak dapat melupakan pengalaman manis itu.
Mana tidaknya, ia bagaikan mimpi jadi kenyataan buat jutaan peminat mereka lebih-lebih lagi selepas kumpulan itu umumkan perpecahan pada 2012.
Namun, dalam kerancakan konsert yang berlangsung selama dua hari itu, (8 dan 9 Ogos), kumpulan itu menggunakan kuasa selebriti mereka untuk menyampaikan mesej agar semua pihak sama-sama berusaha mencari dan menyelamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Nilai, Negeri Sembilan sejak Ahad lalu.
BACA: Bagaikan mimpi... Westlife ubati rindu peminat!
BACA: Dimana Nora Anne?: SAR guna teknologi kesan haba remaja Ireland hilang
Dalam satu pengumuman pada konsert tersebut pada Khamis yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Nick Bryne menggesa orang ramai untuk membantu mencari Nora.
“Kami pasti ahli keluarga Nora mengharapkan dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.
“Ahli keluarga Nora juga pasti akan berterima kasih atas pertolongan anda semua. Terima kasih Malaysia,” katanya.
Sementera itu, Westlife menerusi perkongsian di Twitter mereka juga menggesa followers mereka untuk berusaha bersama-sama mencari Nora.
Please repost and RT across all your social media and help find Nora. We are in KL and doing a concert tonight & its very upsetting to hear this news. pic.twitter.com/frsqmvBgcm
— Westlife (@westlifemusic) August 8, 2019
Terdahulu, dalam kejadian pada Ahad, gadis berasal dari Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.
BACA: Ratusan jemaah tunai solat hajat mohon beri petunjuk jejaki Nora Anne
Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi. BACA: Dua malam konsert Westlife di Malaysia Ogos ini!
Topic Berkaitan
#hilang
#Ireland
#konsert
#nilai
#Nora Anne Quoirin
#Westlife
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan